Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Tuesday, 17 November 2020

Drama Beri Sedikit Waktu Episod 1 | Slot Samarinda TV3

Drama Beri Sedikit Waktu | Slot Samarinda TV3 | Drama terbaru slot samarinda selepas drama Hati Yang Tersakiti. Gandingan pelakon pun tak kurang hebat juga Aqasha dan Zara Zya,dua-dua meletop. Shida suka gandingan dua pelakon ini sama cantik sama padan, tak sabar untuk tonton tayangan seterusnya. Tayangan bermula 16 November 2020 Isnin hingga Khamis jam 10 malam.
 

SINOPSIS

  • Selepas Farhan (Shahz Jaszle) berhutang dengan AhLong dan tidak lagi mampu melangsaikan bayaran rumah yang tertunggak, Hananiah (Zara Zya) diceraikan secara mengejut. Hananiah yang hilang punca, kemudiannya bertemu dengan Imran (Aqasha). Namun demikian, hubungan mereka berlangsung suram sebelum bibit-bibit cinta mula berputik antara Hananiah dan Imran. Bagaimana hubungan mereka seterusnya...Jom teruskan menonton.

PELAKON

  • Gandingan selaku tunjang utama Aqasha dan Zara Zya, juga menampilkan Shahz Jaszle, Atikah Suhaime, Ain Sufia, Farisha Irwayu, Man Raja Lawak, Ummar Dzariff, Rayyan Iman, Shyrim dan Laila Nasir.

INFO DRAMA BERI SEDIKIT WAKTU

  • Produksi : Suhan Movie & Trading
  • Pengarah : Zamri Zakaria
  • Lagu Tema OST : Tulus by Azmi Saat 
  • Siaran TV : Slot Samarinda TV3
  • Bilangan Episod : 15
  • Waktu Siaran : Isnin hingga Khamis (10 malam)
 
Drama Beri Sedikit Waktu Episod 1


 sumber : Instagram Drama Sangat & youtube

 

15 comments:

  1. Ada jg tengok sikit2, mak saya yg selalu update drama ni..Imran tu psiko sikit, sian Hananiah, hrp2 baiklah dia seblm depa serius..

    ReplyDelete
  2. Pelakon hebat.
    Tengok penerbitan Suhan memang bagus harap cerita.

    ReplyDelete
  3. Tidak sabar untuk menontonnya tidak lama lagi, saya rasa cerita yang dikandungnya sangat menarik

    ReplyDelete
  4. wah heroinnya zara zya lah. Best dia ni berlakon

    ReplyDelete
  5. Lama tak tengok Zara Zya berlakon.

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak tengok aqasha berlak0n

    ReplyDelete
  7. Drama mcm ni akk layanla,kalo drama budak2 bercinta pastu kawen, ermmmm tak kuasa.

    ReplyDelete
  8. Akak follow drama ni. Best.. bikin darah naik. Hahah

    ReplyDelete
  9. First episod rasa geram je dengan mak farhan tu. farhan pun sama naik je perangai. adududu kesian nia

    ReplyDelete
  10. Emo jap bila tengok episod satu hari tu. Geram terutama dengan farhan! Terus rasa nak tengok lagi sambungannya!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.