Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Tuesday, 3 November 2020

Geng Kuat Komen - Oktober 2020

Geng Kuat Komen - Oktober 2020 | Assalammualaikum korang 😊 Alhamdulillah dah masuk  bulan November cepat masa berlalu pejam celik pejam celik dah 3 Nov 2020 korang! Sejak-sejak ni aduhai shida superb busy! tak tahu nak story macam mana busy dia. Semalam bercadang nak update tau, elok sampai tempat kerja duduk je dah nampak longgokkan fail yang perlu disiapkan dengan gaji lagi. Nampak gaya ter miss juga nak update semalam, terus buat gaji staf dulu dan kerja-kerja yang perlu diselesaikan. Kerja bahagian pentadbiran sorang-sorang macam ni lah gaya dia, next year kena tambah pembantu juga ni huhuuu..
 
Geng Kuat Komen pada kali ni shida teruja sikit nak update sebabnya dah ada muka-muka baru yang naik dalam "Top 10 Geng Kuat Komen" Tahniah kepada yang tersenarai ya! Seperti biasa yang tersenarai tu 80% adalah blogger-blogger baru atau senang kata shida pun baru saja berkenalan dengan mereka-mereka ini. Semua yang tersenarai sangat-sangat responsive, rajin dan antara blogger-blogger aktif dalam dunia blog ni.
Nama-nama yang tak asing lagi dalam dunia blog masa kini, paling aktif paling rajin dalam menyumbang trafik serata blog-blog yang ada. Ya mereka di atas ini wajib diberi penghargaan seperti ini 😊 Mereka adalah Atie Zieya, Cik TK, Azhafizah MN, Sha Mohamed, Syaz Rahim, Cuya, NA, Tukang Kebun, Ika.S dan yang terakhir Muhammad Naim Abdullah. Korang boleh terjah dan nama-nama ini telah shida backlinkkan dengan link blog mereka. Untuk TOP 5 bulanan seperti biasa akan ada ganjaran yang menant, yeay!! Terima kasih kepada awak-awak yang sudi berkunjung, memberi komen dan pendapat, meninggalkan jejak dalam blog shida ni, tanpa awak-awak semua blog ini tak menjadi seperti sekarang.Thank You!
 
TOP 5 SEPTEMBER GENG KUAT KOMEN
1. Sha Mohamed   2. Azhafizah MN   3. Atie Zieya   4. Syaz Rahim   5. Nohas
 
TOP 5 OKTOBER GENG KUAT KOMEN
1. Atie Zieya   2. Cik TK   3. Azhafizah MN   4. Sha Mohamed   5. Syaz Rahim


20 comments:

  1. Alhamdulillah termasuk dalam 10 orang.
    Ada masa untuk jalan-jalan ke blog orang.

    ReplyDelete
  2. Alamak.. Malunya kita, nama ada disitu.. hehehe..
    Tahniah buat nama lain yang tersenarai..

    ReplyDelete
  3. wow, from top 3 zieya jadi top 1 hahaha ... but keep posting kak shiada :)
    love visiting here :)

    ReplyDelete
  4. Hehehee terima kasih shida 😁

    ReplyDelete
  5. Tahniah buat gang kuat komen. Blog tambah meriah dengan kehadiran mereka.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...di kelilingi insan inson positif semuanya..

    ReplyDelete
  7. Wahhh... dpt hadiah gitu... kakmim pn mcm lama dh x BW ni... bz sikit skrg.. huhu

    ReplyDelete
  8. Ada beberapa orang yang Yaya kenal. Tahniah semua.

    ReplyDelete
  9. nampaknya akak kene gandakan komen sini banyak2... tak pernah tersenarai nih...

    ReplyDelete
  10. Eh nama Cik TK ada sekali.. wahh tq shida! 😘

    ReplyDelete
  11. Atie no 1. dia memang superbeb. Terima kasih kak Shida 😊😊😊

    ReplyDelete
  12. Tahniah Shida.. Dah makin ramai yang mula baca blog shida. Teruskan usaha..

    ReplyDelete
  13. busy tu perkara biasa ..

    lagipun blog boleh buat masa santai dan free time

    ReplyDelete
  14. tahniah2~ tak dapat lawan diorang xD

    ReplyDelete
  15. wow. terbaik la!
    sama juga di blog Aida.
    yg drop komen mostly blogger baru berkenalan.
    yg otai, mungkin now masa utk baca je dah kot :) hi hi hi...

    ReplyDelete
  16. Hikmah PKP tahun ni dapat rezeki masa berblogging dan blog walking semula. Dapat la Kak berkenalan dengan Shida macam jejak Kasih pun ada kan hehehe... Hilang rindu nostalgia zaman sekolah kat Perak.

    ReplyDelete
  17. Tahniah semua yang tersenarai.Eh, oktober turun satu anak tangga. Tandanya sibuk lah tu tak sempat nak blogwalking. hihi..Terima kasih juga Shida.

    ReplyDelete
  18. Tahniah diucapkan kepada semua yang tersenarai..

    ReplyDelete
  19. Tahniah diucapkan kepada semua yang tersenarai..

    ReplyDelete
  20. Tahniah2 heheh da la aktif, meriahkan blog kita lagi . TERBAIK

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.