Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Sunday, 15 November 2020

Idea Dekorasi Rak Di Dapur yang Kemas & Ringkas [30 Gambar]

Idea Dekorasi Rak Di Dapur yang Kemas & Ringkas [30 Gambar] | Haluuu gais, Kalau cerita bab deko deko ni haaa serah lah kat mak mak ni kan, memang cukup berkenan nak deko deko lagi-lagi diruangan dapur tu. Macam shida sendiri pun amat suka deko deko rumah tak kisah ruangan apa sekali pun pasti shida deko sehingga mata sedap memandang. Nak mendeko juga deko lah secara besederhana dan jangan lah terlalu mengikut nafsu deko sehingga ruangan menjadi sarat dan berlebihan.

Sebagai contoh ruangan didapur, ruangan dapur ni amat dititik berat dalam mendekorasi tak boleh terlalu banyak barang atau perabot. Ruangan dapur adalah "medan peperangan" bagi seorang isteri atau wanita. Jadi tak elok lah kalau tempat berperang terlalu sarat dengan barangan atau perabot, cukup sekadar kabinet bergantungan gitu..haaaa itu sebagai contoh 😂😂

Sebenarnya walaupun tiada kabinet dapur, kita tetap boleh menyediakan rak bahan masak sendiri (diy) dengan lebih kreatif dan kemas agar nampak lebih tersusun. Cara penyusunan dan pengurusan rak yang lebih teratur juga memainkan peranan yang penting, di mana perlu mengutamakan bahan memasak yang selalu digunakan disusun dibahagian yang mudah nampak dan mudah dicapai.

Rak di dapur juga boleh digunakan untuk menyimpan peralatan dapur dan bahan lain yang tidak memerlukan peti sejuk. Kita juga boleh membeli peralatan khusus seperti balang atau bekas plastik untuk menyimpan rempah ratus, bijirin dan pasta atau bahan-bahan yang boleh disimpan dengan suhu bilik. Cara penyusunan juga boleh dibuat dengan cara bertingkat-tingkat dengan kepelbagaian saiz dan jenis botol yang menarik dan unik serta dilabelkan tampak lebih kemas.
 
Dalam apa jua keadaan, rak di dapur haruslah menjadi rak yang paling rapi, teratur dan kemas. Walaupun sentiasa menjadi medan peperangan secara fizikal bagi urusan memasak di dapur, sekaligus menjadikan proses memasak lebih mudah, pantas dan menyeronokkan. Ruangan dapur yang sempurna adalah dambaan setiap wanita atau surirumah.


17 comments:

  1. Betul.. rasa lebih semangat nak masak kalau deko dapur mcm ni !! XD

    ReplyDelete
  2. Lawanya rak2 dapur tu. Boleh jadi idea camne nak transform dapur kat rumah ini :)

    ReplyDelete
  3. Cantiknya kan...ntah bila la akak nak deko rumah cecantik macam ni...

    ReplyDelete
  4. Teringin nak ada dekorasi dapur macam ni. Kena tunggu ada bajet lebih baru dapat buat camni. Tq shida share deko ni.

    ReplyDelete
  5. mama setuju.. kat dapur tu sama penting mcm kat ruang tamu. sebab kita org perempuan byk habiskan masa di dapur. so kenalah kemas dan sedap mata memandang

    ReplyDelete
  6. kalau dapur diurus dengan baik dan bagus..maka cantik la hasilnya

    ReplyDelete
  7. Baca posting Shida ni tiba-tiba nak shopping rak dapur kat tempat kami menumpang ni sebab stock kering dapur berlonggokkan je atas meja. Jadi semangat.

    ReplyDelete
  8. Kalau dapur kemas, nak carik barang pun senang. Hihihi

    ReplyDelete
  9. Suka tengok dapur orang Bar at. Tersusun ada rak dan kabinet.

    ReplyDelete
  10. atie jenis suka smua benda tertutup.. haha sbb malas nak lap habuk one by one

    ReplyDelete
  11. berkenan semua rak dapur mcm dalam gambar ni kak..lawa lawa semua!

    ReplyDelete
  12. jadi idaman ni ada rak yang bnyk tp tersusun kat dapo..hehe
    mcm2 bole letak.yg penting xbersepah dan kita pon mudah nak mengemas.btl x =)

    ReplyDelete
  13. Macam2 designkan . Lepas baca entei ni tengah berangan kalau2 ada rumah sendiri

    ReplyDelete
  14. Lawanya semua!!! Lagi best dan semangat masak bila rak dapur macam ni kan!

    ReplyDelete
  15. Best kalau dapat dapur macam nie.. kemas je..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.