Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Sunday, 8 November 2020

PKPB Seluruh Negeri Di Semenanjung Kecuali Perlis, Pahang & Kelantan (4 Minggu)

PKPB Seluruh Negeri Di Semenanjung Kecuali Perlis, Pahang & Kelantan (4 Minggu)

Assalammualaikum dan Selamat Pagi korang. Pagi yang indah dan lagi terang,shida masih bekerja untuk hari terakhir sebelum bermulanya PKPB 9 Nov 2020. PKPB kali ini (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) yang melibatkan seluruh negeri di semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan. Rasa sedih dengar perkhabaran ini petang semalam, agak kecoh juga la dengan bermacam-macam persoalan dari murid dan ibubapa melalui whatsapp, bertalu-talu masuk satu persatu shida jawab dan balas pertanyaan mereka.

Bermula esok juga, pusat tuisyen akan ditutup selama 4 minggu sehingga 6 Disember 2020 dan akan dibuka sehingga diberitahu sekiranya PKPB tidak bersambung lagi. Kesian dengan students shida, exam pun tak habis lagi masih ada dua paper lagi nak jawab huhuuu dah dapat perkhabaran dari MKN PKPB dilaksanakan semula. Sekolah harian, tadika, sekolah berasrama penuh, Kolej Vokasional, Kolej Tingkatan 6, Kolej Matrikulasi, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftar dengan KPM ditutup 4 minggu.

Bertabah lah semua ya! duduk rumah elok-elok jaga kesihatan. Nak keluar rumah ingat hanya 2 orang sahaja dibenarkan dan pakai face mask ya. Jaga diri, jaga jarak dan jagalah keluarga kita . Empat minggu duduk dirumah, Inshaa Allah kita mampu lakukan dengan baik. Sama-sama kita doakan virus ini cepat terhapus dari muka bumi ini. Semoga segala yang terjadi, ujian ini, dugaan ini ada hikmah disebaliknya.

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) 
SELURUH NEGERI SEMENANJUNG KECUALI PERLIS, PAHANG & KELANTAN
9 NOV 2020 HINGGA 6 DISEMBER 2020
#KitaJagaKita #KitaBelumMenang #JomTanganiCovid19
 

16 comments:

  1. Waalaikumussalam,
    bersambung lagi 4 minggu,
    belum pasti lagi pandemik berakhir pada tahun ini,
    diam tak diam hampir setahun kita hadapi, dan pastinya semua kena bertabah.

    ReplyDelete
  2. Oh macam mana 2 kertas tersebut. Tangguhkan atau buat peperiksaan secara talian?

    ReplyDelete
  3. Panjang betul cuti sekolah tahun ini.

    ReplyDelete
  4. Bertabahlah kita tergolong dalam kawasan PKPB ni. stay safe Shida.

    ReplyDelete
  5. selamat ber pkpb kak shida.. haha zieya kena kerja juga ..kena hadap 2 roadblock daily

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah 4 minggu ni jaga betul-betul. Jangan bagi Covid ni merebak..

    ReplyDelete
  7. kami dah masuk sebulan pkpb, jadi takat tambah sebulan lagi tkade hal... hahahah
    untuk negeri lain yang baru nak mula, moga istiqamah hehehe

    ReplyDelete
  8. Selamat ber-pkpb... Stay safe ye shida!

    ReplyDelete
  9. selamat bertempuh pkpb kak..

    ReplyDelete
  10. moga 4 minggu ni, rantaian covid-19 dpt diputuskan :)
    aminnn...

    ReplyDelete
  11. Lama dah kami duduk di Kampung ni, anak-anak la seronok cuma masalah belajar online.
    Stay Safe Shida.

    ReplyDelete
  12. Semoga semuanya kembali pulih dan kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.