Saat Menikmati Kesibukan

by - 17:25:00

Saat Menikmati Kesibukan | Assalamualaikum korang, sihat tak korang? tiga hari shida tak update blog ya. Betul memang tak sempat nak update dengan kesibukan melanda! Dalam tiga hari ni memang menikmati sungguh kesibukan dia. Khamis dan Jumaat shida sibuk dengan kerja hakiki dan tolong husben kat tempat niaga dia, lepas tu adik shida pula nak pindah rumah, tolong sikit-sikit keperluan dia mana nak bungkus dan dibawa ke tempat baru.

Harini baru rasa bertenang sedikit, shida kalau tolong husben memang susah nak fokus kat blog sebabnya terlalu penat. Dari 5.30 pagi dah keluar rumah tolong husben sampai lah siap kemas pukul1 petang baru balik, balik je memang flat dah! Jumaat tolong adik kemas-kemas pula dapat lah shida masak untuk kali terakhir, makan sama-sama lepas tu tak tahu bila boleh jumpa lagi. 

Menu buat tambah selera, shida masak Kari daging bersama ubi, kobis goreng kunyit, ikan goreng dan papadom pun ada serta penambah selera sambal belacan bersama tempoyak haaa ni kegemaran shida, emak dan adik-adik 😋 Habis semua lauk kecuali kari tu shida buat lebih dan pekat untuk buat cicah-cicah malam pula, makan bersama roti canai segera beli di tesco kelmarin.

Lepas adik shida dah pindah ni, shida akan merindula dengan anak buah shida yang sorang ni. Dia la tempat shida menumpang kasih jadi seorang ibu, nak ada anak sendiri belum ada rezeki lagi. Anak buah shida ni namanya Sharifah Maryam Ilya selalu pangil "cik yam" hehee kalau panggil gitu mesti dia pandang (aduhai teringat dah) Lagi-lagi Mak Ayah (atok dan umi cik yam) membesar depan mata, ada hari kadang tu tersasul panggil cik yam dalam bilik 😅 sian pula tengok mak ayah huhuu.

Cik Yam dan husben shida 😍 dua dua sayang!

You May Also Like

30 Jari Ohsem

  1. Ada nikmat tersendiri bila sibuk ni..salah satunya masa cepat berlalu.

    ReplyDelete
  2. bila dah sibuk memang begitulah shida. Menikmati kesibukan macam Shida cakap. Comelnya Cik Yam. Anak buah Fiza pun nama Maryam juga. Panggil yam juga :) rindu kalau dah berjauhan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ANak buah fiza nama maryam juga ye,sama laa kitee rindu rinduan hehee
      betul fiza WFH ni betul2 penat pulak rasa hurmmm..

      Delete
  3. nampak sedap je makanan tu terliur pulok saya nengoknye hihi..semoga sis dipermudahkan urusan selalu ye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih syidah!
      Lauk2 ni skala pekena mmg menyelerakan :)

      Delete
  4. Takpe, ambil masa untuk keluarga tu tak rugi kan 🤗

    ReplyDelete
  5. Oklah itu sibuk yang berfaedah.

    ReplyDelete
  6. Bila selalu sibuk ni, tak sempat masalah nak datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Wak hahaha..Masalah pn xnyempat nk nyelit ^_^

      Delete
  7. comel cikyam. hehe betul kalau busy memang tak sempat nak update blog. Nak buka laptop pun rasa tak larat hahaa. Tapi huda kekadang gagah juga untuk update blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul huda, kdg2 gagah juga update..tp nk blogwalking tu Allahh ^_"

      Delete
  8. lepas dah berjauhan mesti rindu2 kan..sdap menu akak terangkat!

    ReplyDelete
  9. Kdg kala mmg blog tpksa dilupakan sebentar kn? Cikyam berpindah ke mana tu? Mcm jauh je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak Jauh mana la hehee..nak ke sana dlm sejam juga :)

      Delete
    2. oh.. kira boleh balik hari lagi tu.. dlu kakmim penah ulang alik ke tempat keja yg perjalanannya mkn masa 1 jam dr umh... hehehe

      Delete
  10. Uish sis. lauk penambah selera tu. jangan kata sis. ika pun kalau ada lauk2 tu memang ,akan bertambah la jawabnya hehe

    ReplyDelete
  11. rindu jugak nak jadi sibuk doakan saya jadi sibuk juga :(

    inshaa Allah nanti akan rezeki . comel cik yam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin! Inshaa Allah dah sibuk nnt nikmat yg tak terkata tau! :)

      Delete
  12. Comelnya Cik Yam...

    Sibuk yang berfaedah itu tak apa kak shida, lebih2 lagi kalau untuk keluarga dan komitmen!

    ReplyDelete
  13. baca luahan kak shida ni pun dah boleh bayangkan betapa penatnya.. huhu kerja kuat tapi take care tau..... make sure always jaga kesihatan :)

    ReplyDelete
  14. fhm la betapa sibuknya tu..Cuya pun sibuk..jarang dh update blog.uhuks

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.