Klik-klik banner untuk info lebih lanjut lebih menarik, nak tempah slot? :: klik sini ::


Tuesday, 10 November 2020

Work From Home is Begin

Work From Home is Begin

Bermula semalam kita dah pun menjalani PKPB selama 4 minggu, hari ke 2 hari ini shida masih belum memulakan sebarang kerja-kerja dari office lagi. Ini lah masalahnya jika bekerja dari rumah, susah benar nak fokus 😆 Semalam shida masuk office dan kemas-kemas semua barang yang hendak dibawa balik termasuk fail dan dokumen, laptop dan printer dalam 3 kotak besar juga.

Harini mengemas pula work station shida, mana nak letak laptop printer dokumen dan fail-fail. Alhamdulillah semua selesai walau tak seselesa dekat office tapi dapatlah mulakan kerja dengan baik bermula esok. Rabu baru shida plan nak buat kerja-kerja tuisyen yang tertangguh. Pun tak tahu nak mula dengan kerja apa dulu tiba-tiba blur korang 😏 Sabar jelah! kalau dekat tuisyen memang tahu nak mula dengan apa, kat rumah ni urrmmm banyak benda yang kita nampak, tv la, katil la, freezer la, jajan la Adooiii masalah ni hahahaa 😂

Dengan itu shida dah buat satu jadual sendiri di mana perlu shida patuhi. Kerja dari rumah bermula 3.30 petang hingga 6.30 petang (3jam setiap hari) Andai nak poteng boleh je hahaaa takde masalah tapi wajib buat juga kerja ikut waktu ini. Bukan apa kerja memang kena siapkan, untuk next year banyak sangat persediaan perlu dibuat. Harapan shida tahun depan semua plan berjalan dengan baik dan teratur. So korang macam mana?


15 comments:

  1. hehe..byk distraction WFH...semoga dipermudahkan..

    ReplyDelete
  2. Setelah beberapa bulan saya bekerja dari rumah, berkomunikasi di alam maya rupanya bekerja di alam nyata lebih menyeronokkan! Selamat berWFH.

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah mempermudahkan urusan kak.. :)

    ReplyDelete
  4. Selamat bekerja dari rumah shida. banyak dugaan buat kerja kat rumah ni tapi kalau manage masa betul betul inshaAllah semuanya tersusun kerja macam biasa.

    ReplyDelete
  5. Dah sebulan Cik TK wfh.. sekarang tambah sebulan lagi... 😑 Sesungguhnya kalau wfh ni memang banyak godaan, kejap ke dapur cari benda kunyah2, kejap join tengok tv, tengok pula katil eh sedapnya kalau tidur... 😅

    ReplyDelete
  6. selamat bekerja kak shidaa :D

    ReplyDelete
  7. betul, WFH kena ada jadual kan, kalau kita tak buat jadual, sure kerja tak siap.. sbb nak buat kerja tapi best jer katil dekat tepi panggil kita :)

    ReplyDelete
  8. hari ni aida masuk ofis. bergilir-gilir.
    the next day aida keje, in shaa Allah, next tuesday, shida.
    sama la. da kemas bilik. da pack dokumen / maklumat penting utk WFH.
    hari ni settle kan urgent.
    agar tak la byk sgt nak kena buat time WFH nanti.

    aida da set time utk WFH adalah ptg juga, antara 3 - 5 pm. jika ada kerja.
    pagi - nak masak dan pantau anak-anak homeschool.
    diorang bertiga, shida, berposak nak settle kan sorang-sorang.

    ReplyDelete
  9. Memang masalah WFH ni hehehe banyak distraction.

    ReplyDelete
  10. Ya..banyak sgt dugaan klu WFH.. Lagi2 peti sejuk tu, seolah2 melambai2 memanggil..😜

    ReplyDelete
  11. WFH memang kena ada jadual, kalau tak huru hara rasanya..

    ReplyDelete
  12. aduhaii..byk beno dugaan kakak ku ini..kak time keje tu betul2 keje ke hahaaaa

    ReplyDelete
  13. memang tak gemar WFH :(
    Tapi terpaksa cekalkan hati

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih atas kerjasama.