Drama Beri Sedikit Waktu Episod 13 | Slot Samarinda TV3

by - 23:36:00

Drama Beri Sedikit Waktu Episod 13 | Slot Samarinda TV3 | Untuk episod 13 ni shida rasa lebih mencabar untuk Imran (Aqasha) Hananiyah masih tidak dapat menerima lagi si Imran ni, kesian pula tengok Imran rindukan Luqman rindukan Hananiyah. Tak sabar dah shida nak tengok Hananiyah terima Imran sebagai peneman hidupnya dan meleraikan teka teki yang berlaku dalam hidupnya. Farhan pula kalau tengok babak dia geram je haihhh 😂😂

Beri Sedikit Waktu (2020) | Episod 13
Kalau tadi Farhan muncul di tadika, kini dia muncul pula di hadapan rumah Hananiyah. Hananiyah minta Farhan pergi dan jangan mengganggu hidupnya lagi. Farhan akan pergi jika Hananiyah menyerahkan Luqman kepadanya. Mendengar kata-kata Farhan, Imran naik angin. Dia memberi amaran kepada Farhan supaya jangan menganggu Hananiyah dan anaknya. Farhan cuba memujuk Hananiayh untuk kembali kepadanya. 
 
Dia menyesal atas apa yang sudah dilakukan kepada Hananiyah dan Luqman. Hananiyah tidak menghiraukan rayuan Farhan. Berlaku pertengkaran di antara mereka dan Imran masuk campur. Hananiyah hilang kesabaran lalu turut meminta Imran dan Farhan meninggalkan rumahnya. Hananiyah ke kedai Nasir menghantar barangan kerja tangannya. Bagaimanapun tiba-tiba Elly menarik melepaskan tamparan kuat ke muka Hananiyah.
 

 

You May Also Like

7 Jari Ohsem

  1. Cepat je masa berlalu nak hampir final drama ni.

    ReplyDelete
  2. cepat la tamat drama ni, nak starts tgk huhuhuh

    ReplyDelete
  3. Bagus dapat baca sinopsis.

    ReplyDelete
  4. Malam ni episod akhir dah. cepat betul nak habis drama ni. Okay Mira dah behave dah. Tak sabar nak tengok episod akhir malam ni.

    ReplyDelete
  5. Setiap hari tak sabar tunggu episode seterusnya.

    ReplyDelete
  6. Saya jarang tengok drama kat tv sekarang.. tapi drama nie macam best jea..

    ReplyDelete
  7. dah nak habis dah drama ini ye..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.