Drama Bidadari Salju Episod 1 Hingga 28 (Akhir) | Slot Akasia TV3

by - 00:00:00

Drama Bidadari Salju Episod 1 Hingga 28 (Akhir) | Slot Akasia TV3 | Drama lakonan Sweet Qismina dan Adam Lee ini adalah pembuka tirai setelah tamatnya Drama Cinta Sekali Lagi yang berakhir dengan tragedi malang yang menimpa Amani (Hannah Delisha) dan episod akhir itu berakhir dengan percintaan sekali lagi antara Amanda dan Fahad. Lain pula Drama Bidadari Salju ini yang mengisahkan tentang percintaan juga tetapi dimulakan dengan rasa kebencian dan berakhir dengan percintaan antara mereka. Bersambung nampaknya maraton drama ni, agak kesibukan tak terkejar nak tengok ikut waktu siaran, terpaksa shida tonton selepas tamat siaran.

Sinopsis Drama Bidadari Salju 

Mengisahkan Kayra yang sering menjadi mangsa buli dan selalu dihina di sekolah kerana paras wajahnya yang tidak cantik, penampilannya yang selekeh dan kemiskinannya. Hariz, pelajar seniornya selalu mencari fasal dengannya hampir setiap hari. Hariz terlalu membenci gadis ini hingga dia tergamak melemparkan fitnah yang meragut maruah dan harga diri gadis ini sehingga dia dipulaukan oleh ayah sendiri dan orang kampung. 

8 tahun berlalu, Kayra akhirnya berjaya bangkit dari kejatuhan itu dan berjaya dalam hidupnya. Namun akibat kisah silam yang memeritkan membuat dia membenci lelaki, cinta dan perkahwinan. Hariz sentiasa dibayangi dosa-dosa silamnya dan Kayra tidak pernah lupus dalam ingatannya. Dalam diam, rasa cinta tiba-tiba mekar dalam hatinya. Memang jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Rupa-rupanya lelaki yang dibenci dan didendami sampai mati ini adalah jodohnya. Mereka berkahwin tetapi perkahwinan mereka diuji apabila Hariz ditangkap diatas katil dengan sepupunya sendiri, Jeanny.

Pelakon Drama Bidadari Salju

  • Adam Lee sebagai Hariz
  • Sweet Qismina sebagai Kayra
  • Jasmine Suraya sebagai Jeanny
  • Chacha Maembong sebagai Dania
  • Fimie Don sebagai Naufal
  • Jaja Iliyes sebagai Anita 
  • Zaki Azeman sebagai Aiman
  • Syazuwan Hassan sebagai Raqib
  • Nazrief Nazri sebagai Wan Hakimi
  • Siti Khadijah Halim sebagai Marissa
  • Zulkifli Ismail sebagai Tuan Azman
  • Lisdawati sebagai Puan Fauziah
  • Rosnah Johari sebagai Mariam Lan Zailan sebagai Ilias

Info Drama Bidadari Salju

  • PENULIS SKRIP : PGRs Team, Tinta Jingga, Rofa Azzahra
  • PENGARAH : Muhamad Riza Baharudin
  • PRODUKSI : Primeworks Studis & A.Aida Production
  • LAGU TEMA/OST : Mimpi - Haqiem Rusli 
  • SIARAN TV : Slot Akasia TV3
  • BILANGAN EPISOD : 28 Episod
  • WAKTU SIARAN : Isnin - Jumaat (7 malam)

 

TONTON DRAMA BIDADARI SALJU EPISOD 1 - 28 (AKHIR)


You May Also Like

9 Jari Ohsem

  1. tak berkesempatan lagi tengok cerita ni hehe

    ReplyDelete
  2. Waktu slot drama ni anak2 Kak conquer TV nak tengok drama Korea channel lain.

    ReplyDelete
  3. Belum sempat lagi tengok cerita ni Shida.

    ReplyDelete
  4. Yanie..baru tgk bape kali je..sbb pkl7 kdg2 xdan kak..

    ReplyDelete
  5. Tengok jadi bulan di media sosial.

    ReplyDelete
  6. atie baru subscribe wetv ! nanti boleh tgk :)

    ReplyDelete
  7. cantik ya..serba putih pelakon2 nya

    ReplyDelete
  8. Ada juga tengok. Menarik juga ceritanya

    ReplyDelete
  9. gandingan menarik.. jalan cerita dia pun not bad..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.