Drama Bougainvillea Episod 1 hingga 15 (Akhir) | Slot Samarinda TV3

by - 12:15:00

Drama Bougainvillea Episod 1 hingga 15 (Akhir) | Slot Samarinda TV3 | Dah beberapa kali shida ternampak iklan dalam slot drama sangat ni lalu lalang iklan dia. Drama terbaru Bougainvillea dalam slot samarinda yang bakal menggantikan Drama Misteri Mona yang bakal berakhir minggu ini. Jujur kata drama misteri mona ni macam shida pernah tengok jalan cerita dia, tapi shida tak ingat filem dari mana shida tonton, lama dah. Untuk Drama Bougainvillea ni menampilkan gandingan pelakon Beto Kusyairy, Intan Ladyana dan Nora Danish.
 

Sinopsis Drama Bougainvillea

Keadaan Aryanna (Intan Ladyana) yang koma kerana kemalangan, memaksa Adrian (Beto Kuyairy) mengambil Mimie (Nora Danish) sebagai Jururawat Peribadi untuk menjaga Aryanna. Namun kerana obsesi, Mimie mula mendekati Adrian untuk kepentingan dirinya sendiri. Adrian adalah suami kepada Aryanna. Apakah yang bakal berlaku dalam sepanjang Mimie tinggal bersama mereka...

 

Pelakon Drama Bougainvillea

  • Beto Kusyairy sebagai Adrian
  • Intan Ladyana sebagai Aryanna
  • Nora Danish sebagai Mimie 
  • Hanna Aqeela sebagai Hazira
  • Kirana Batrisyia sebagai Alisha
  • Mior Darwish sebagai Azief
  • Ameerul Asyraf sebagai Ali
  • Ziema Din sebagai Bibah (Mak Ngah)
  • Jasper Supayah sebagai Ilyana


Info Drama Bougainvillea

  • PENULIS SKRIP : Raja Azidah Raja Jaafar, Lynnda Sharudin
  • PENGARAH : Ayie Mustafa
  • PRODUKSI : Sha's Media Sdn Bhd
  • LAGU TEMA/OST : Boneka - Ernie Zakri
  • SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
  • BILANGAN EPISOD : 15 Episod
  • WAKTU SIARAN : Isnin - Khamis (10 malam)

 

You May Also Like

22 Jari Ohsem

  1. Ya drama misteri Mona ni macam pernah tengok Jalan cerita dia di filem lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, shida pun lupa apa nama cite tu..sama jalan cite dia..

      Delete
  2. Lama tidak tengok Nora Danish berlakon.
    Ni pun macam cerita psiko.

    ReplyDelete
  3. Macam menarik cerita ni :) Pelakon pun best-best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik juga kalau tgk..mesti byk part2 yg mencemaskan..

      Delete
  4. lama tak tengok intan ni berlakon kat tv3 .. Mesti mentua tengok ni. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul aien intan dan nora danish..lama depa x berlakon..

      Delete
  5. atie suka betul beto berlakon, tapi tggu habis dulu baru nak marathon

    ReplyDelete
  6. Terus teringat lagu nyanyian kumpulan spring

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm mana ye lagu dia..kak dana nyanyikan skit ^_^

      Delete
  7. macam lama tak nampak Intan berlakon drama, boleh masuk list cerita nih nanti..

    ReplyDelete
  8. yey ada beto lama juga nora dgn intan tk berlakon

    ReplyDelete
  9. lama suda nda tengok drama melayu huhu

    nice sharing shida^^

    ReplyDelete
  10. Tak sabar nak tunggu cerita baru ni.

    ReplyDelete
  11. Beberapa kali gak nampak iklannya di tv. Macam menarik juga...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.