Drama Bougainvillea Episod 1 | Lakonan Beto Kusyairy dan Intan Ladyana

by - 02:14:00

Drama Bougainvillea Episod 1 | Lakonan Beto Kusyairy dan Intan Ladyana
 

Andrian dan Aryana adalah sepasang suami isteri dan telah dikurniakan dua orang anak (lelaki dan perempuan). Aryana telah membuat keputusan untuk tidak bekerja dan ingin menjadi suri rumah sepenuh masa untuk menjaga keluarganya. Andrian seorang arkitek muda yang berjaya dan kehidupan sehariannya yang sangat sibuk.

Dalam kesibukannya Andrian tidak melupakan hari ulangtahun perkahwinannya bersama Aryana. Aryana hampir merajuk yang menyangkakan Andrian telah melupakan hari istimewa tersebut. Dalam perjalanan mereka ingin keluar mengopi, Aryana singgah ke kedai untuk membeli barang, disitulah Aryana telah bertemu dengan Mimie. 

Mimie seorang jururawat sementara, tekad ingin menamatkan kontraknya kerana ingin fokus untuk mencari calon suami kaya untuk kepentingan dirinya dan Makngah (mak saudara mimie). Ini kerana mimie cemburu melihat kemesraan Andrian dan Aryana ketika mereka bertemu dikedai sedangkan Mimie telah pun berkawan dengan Ali (kawan masa kecil mimie).

Ketika Aryana sedang mengundur keretanya, tiba-tiba Aryana terlanggar sesuatu dibelakang. Rupanya Aryana telah melanggar Mimie yang sedang menunggang motorsikalnya. Kaki dan tangan Mimie luka, Aryana keluar dan melihat Mimie dalam kesakitan dan sedang asyik marah kepada pemandu yang melanggarnya (Aryana). 

Apabila Mimie tersedar pemandu itu adalah Aryana secara tiba-tiba Mimie berhenti marah-marah. Kerana berasa kesal Aryana menawarkan untuk membawa Mimie pulang ke rumahnya dan ingin mengubati lukanya itu. Mimie hanya turut dan telah tiba ke rumah Aryana, Mimie diarah untuk duduk dahulu sementara Aryana mengambil First Aid untuk mengubati luka-luka pada Mimie tetapi Mimie telah hilangkan diri dan pergi ke bilik Aryana...bersambung...

 

Tonton Drama Bougainvillea Episod 1


You May Also Like

13 Jari Ohsem

  1. Isk.. ni mst ceta kwn mkn kwn ni... ambik husband kwn sendiri.. x suka lah ceta mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa..x habis habis ye kak azimah..citer melayu begini la..cuma plot lain skit..

      Delete
  2. alamak, kenaapa mimi hilang kan diri pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mimi tu dia masuk ke blik Puan Aryana..saba jerla..kalau jumpa org gini luku pale..x de adab!

      Delete
  3. nyampah tgk drama ada org jahat gini hahahha... nak drama kelakar2 je... poyo je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaaa sabar kak dana..lakonan jer ni heheee ^_^

      Delete
  4. Replies
    1. mmg misteri skit si Mimie tu..dalam diam ade niat x baik dlm keluarga tu..

      Delete
  5. Belum tengok lagi episod 1. Nanti ada masa baru layan drama ni.

    ReplyDelete
  6. Mimie masuk bilik aryana tu buat apa pulaaaakkk???

    ReplyDelete
  7. Adoi.. seboklah nak dengki dan kacau rumah tangga orang.. ish..
    drama lainlah..

    ReplyDelete
  8. pelakon utama dia memang best, suka bila beto buat comeback drama kat tv3. tapi menyampah pula bila ceritanya pasal rampas laki orang ni.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.