Inilah Yang Dinantikan | Alhamdulillah Syukur

by - 00:08:00

Inilah Yang Dinantikan | Alhamdulillah Syukur | Gembira sangat dapat berita ini petang tadi, shida orang pertama yang senyum lebar bila dapat tahu PKPB ditamatkan dikawasan shida. Allah je tahu perasaan tu, terharu korang! Cuma turut berduka cita bagi daerah yang sambung PKPB di daerah Kinta, Mukim Teja dan Mukim Changkat Jong, bertabah ya semua.

Selang beberapa jam dapat lagi berita gembira, pegawai yang menguruskan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) seperti Pusat Tuisyen, sekolah-sekolah swasta, taska dan tadika yang berdaftar di bawah KPM mengumumkan sudah boleh mula beroperasi mulai 7 Disember 2020. Lega sangat korang! 4 minggu duduk rumah Allah! WFH laa sangat kan, apa pun tak boleh buat, jadual pun lebuh 😂

Maklumat dari whatsapp Group Pusat Tuisyen Larut Matang & Selama (GROUP PT LMS). Bila Encik Hairo umum macam tu tiba-tiba dalam group jadi happyning dengan icon-icon yang menggembirakan korang 😀  Memang nampak sangat mereka yang buka biznes pendidikan ni terkesan dengan pendamik covid19. Semua jadi semangat nak operasi semula pada 7hb nanti. 

Shida pula dah mula merindui kerusi dan meja office ku 😊 Kelas akan mula 9hb shida buka 7hb untuk kemas-kemas semula pusat tuisyen, 4 minggu tak buka mungkin berhabuk dan banyak tahi cikti hahaa. So lepas ni bersistem sikit lah cara bekerja shida, kalau dak sedikit stress kome, okay jumpa lagi dilain entri ya. Take care korang! Stay Safe!


You May Also Like

18 Jari Ohsem

  1. Alhamdulillah..Work From office lagi senang kerja kan Shida. Stay safe.
    Fiza masih kena bertabah lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lega fiza :)
      bertabah utk fiza masih xleh left group ya.
      stay safe and take care fiza <3

      Delete
  2. Alhamdulillah..tgh fikir nk jalan ke mana sekarg ni, tp hari pun hujan je

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah ❤️ stay safe juga

    ReplyDelete
  4. Yay!! Penang pun tamat PKPB juga! boleh rentas negeri yay

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah! hati2 dengan tahi cikti tu shida ;)

    ReplyDelete
  6. syukur alhamdulillah.tapi masih kena jaga sop covid masih belum ada penawar. InshaAllah

    ReplyDelete
  7. Kerja kat office lagi best kan.. huhuu tempat Cik TK sambung PKPB

    ReplyDelete
  8. Bolehlah rancang cuti sambut anniversary.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. Kawasan saya masih berPKPB.

    ReplyDelete
  10. Tulah ada orang tidak suka kerja di rumah ada orang boleh sahaja.
    Mesti bersemangat kerja semula kan?

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah dh boleh rentas daerah pun dh syukur

    ReplyDelete
  12. lega kan alhamdulillah. tapi masih takut2 nak kluar juga
    saya kat redzone masih krik krik..

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah, semoga ianya terus kekal pkpp, seterusnya menjadi zon hijau hendaknya dan semoga pandemik nie hilang dari muka bumi ini, Insha Allah..

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah.. selamat kembali berkerja..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.