Keputusan Penuh Konsert Final Vokal Mania 2020

by - 00:02:00


Keputusan Penuh Konsert Final Vokal Mania 2020 | Pentas Akhir Vokal Mania yang menampilkan empat orang 'Rookie' iaitu Danial Chuer, Alif Kadim, Aisha Retno dan Eranzz Lambert yang akan merebut Trofi Juara Vokal Mania  kategori Rookie musim pertama ini bersama dengan dibarisi empat orang penyanyi senior atau 'Idol' yang menampilkan Aina AbdulTomok, Lan Solo dan Indah Ruhaila.

Selain trofi juara kategori rookie, Idol juga turut dipertandingkan bagi merebut Trofi Juara Vokal Mania kategori Idol. Rookie dan Idol ini juga turut berentap sesama mereka dalam pusingan 'battle' yang bakal menyaksikan persaingan sengit antara mereka.


Hadiah Konsert Final Vokal Mania 2020
  • Trofi Juara Vokal Mania Kategori Idol
  • Wang Tunai sebanyak RM50,000 (Idol)
  • Sebuah Kerusi Gaming Tomaz
  • Trofi Juara Vokal Mania Kategori Rookie
  • Wang Tunai sebanyak RM30,000 (Rookie)
  • Sebuah Kerusi Gaming Tomaz 
  • Rakaman sebuah lagu dan muzik video (Rookie)
 
Pengacara Konsert Vokal Mania 2020
  1. Dato' AC Mizal selaku hos utama 
  2. Azira Shafiza selaku hos bersama

Juri Konsert Final Vokal Mania 2020
  1. Yusri Abd Halim selaku juri tetap
  2. Misha Omar selaku juri tetap
  3. Adibah Noor selaku juri jemputan

Keputusan Penuh Konsert Vokal Mania 2020
Juara Kategori Rookie : AISHA RETNO
Juara Kategori Idol : AINA ABDUL
 
Kategori Battle Round Winner - Rookie vs Idol :
  • Pemenang Battle (1) : Aina Abdul (bersama Danial Chuer - Rookie)
  • Pemenang Battle (2) : Aisha Retno (bersama Lan Solo - Idol) 
  • Pemenang Battle (3) : Alif Kadim (bersama Indah Ruhaila - Idol)
  • Pemenang Battle (4) : Tomok (bersama Eranzz Lambert - Rookie)
Kategori Battle Round Winner - Rookie vs Rookie :
  • Pemenang Battle (1) : Aisha Retno (bersama Danial Chuer)
  • Pemenang Battle (2) : Alif Kadim (bersama Eranzz Lambert)


You May Also Like

10 Jari Ohsem

  1. Tahniah kepada mereka yang menang! Tadi balik keje tengok-tengok kat tv dah last part, pengumuman pemenang.

    ReplyDelete
  2. Oh ya blog kak shida dah bertukar rupa!!! Nice!!

    ReplyDelete
  3. atie kena marathon dlm youtube ni sbb selalu tak sempat nak tgk

    ReplyDelete
  4. TQ Shida sebab sharing ni sebab Eza tak tengok TV. Hehehe. At least tau jugak perkembangan semasa :)

    ReplyDelete
  5. Oh sudah ke penghujung. Tahniah pada pemenang.

    ReplyDelete
  6. ingatkan lambert tu yang menang hehe

    ReplyDelete
  7. Tahniah untuk pemenang. Tahun ni tahun Aina, suka dengar suara Aina Abdul yang lantang dan sedap tu. Tahniah juga untuk rookie. Tengok sikit sikit je Vokal Mania ni.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.