Raikan Cinta Hasbollah & Diyana | 25 Disember 2020

by - 07:00:00

Raikan Cinta Hasbollah & Diyana | 25 Disember 2020 | Orang sambut krismas dapat hadiah tapi lain pula adik ipar shida ni, sambut krismas dapat kekasih halal (isteri). Alhamdulillah Tahniah shida ucapkan kepada Abun dan Diyana, akhirnya korang disatukan juga dan mengikut perancangan korang semasa bertunang beberapa bulan yang lalu.
 

Dengan sekali lafaz Diyana sah menjadi isteri kepada Adik Ipar shida ni. Kepada Hasbollah dan Diyana selamat menempuh alam berumahtangga ya. Ingat pesan Tok Kadi jagalah isteri kita sebaik-baik kita menjaga emak kita, adik perempuan kita dan keluarga kita. Sayangilah isteri jangan kita zalimi kerana isteri adalah punca rezeki untuk kehidupan yang mendatang.

Walau pernikahan semasa PKP majlis tetap berjalan dengan baik, SOP dipatuhi, ada penjarakan dan tidak bersentuhan. Sesi akad untuk adik ipar adalah sesi yang terakhir pada jam 11.30 pagi. Di mana masa ni kami dapat masuk seramai 10 orang untuk melihat sesi akad ini. Kebetulan side perempuan cuma 4 orang sahaja yang hadir dan side sebelah lelaki ramai juga yang masuk, boleh dikatakan satu family. Dapat juga tengok live acara akad pkp ni, sangat mudah dan selamat, Alhamdulillah 😊

Tahniah awak berdua, sama cantik sama padan 😍

You May Also Like

15 Jari Ohsem

  1. Tahniah kepada pengantin baru.

    ReplyDelete
  2. Cantiknya pelamin dia, bila pengantin baju putih duduk nampak terserlah.
    Tahniah kpd pengantinnya, Alhamdulillah selesai sudah satu episode kehidupan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan mmg cantik :) ada yg kata tgk pelamin mcm makanan hahaha..sabor jelah..lapo sgt dah tu ^_^

      Delete
  3. semoga berbahagia sampai ke jannah :)

    ReplyDelete
  4. Wah. Tahniah buat pasangan dan keluarga ;D

    ReplyDelete
  5. bestnya dpt hadiah ni.. untung ! hehe ..selamat pengantin baru :)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah., semoga berkekalan., aminn

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Tahniah untuk pengantin adik ipar dan juga biras Shida.
    Semoga berbahagia sampai syurga. Aaminnn

    ReplyDelete
  8. Selamat pengantin baru buat pasangan!! Kak shida, pelamin diorang cantik!! Sekali tengok macam tema warna musim luruh. Nice!!

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. dipermudahkan urusan..
    semoga bahagia hingga ke Jannah..

    ReplyDelete
  10. Tahniah kak, bertambah ahli keluarga :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.