Selamat Menyambut Hari Krismas

by - 00:00:00

 
Selamat Menyambut Hari Krismas | Memandangkan hari ini adalah hari cuti umum untuk perayaan hari krismas bagi yang beragama kristian, maka selamat berhujung minggu dan bercuti bagi yang cuti pada hari ini. Bagi yang bekerja office hour atau dalam sektor kerajaan dan awam pada hari ini dapatlah cuti panjang atau bersambung sehingga hari ahad. Shida juga tak terlepas dari bercuti hari ini 😊 cuma sabtu dan ahad akan sambung bekerja semula, jadilah dapat cuti sehari.
 

Ada juga yang mengambil peluang dengan cuti bersambung ini membawa keluarga bercuti atau berjalan-jalan sempena cuti hari krismas. Walau bagaimana pun SOP jangan dilupakan ya! bagi mengelak penularan wabak covid19 yang masih berleluasa di dalam negara kita ni. Angka kes masih kekal 4 angka so kita masih belum menang korang!

 

Setiap kali tibanya perayaan krismas ini pasti akan ada persoalan yang berlegar-legar dalam kalangan umat islam adalah, hukum mengucapkan "Merry Christmas" kepada mereka yang meraikannya.

 

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan berkata, "Ucapan Merry Christmas adalah sekadar ungkapan untuk menzahirkan kegembiraan sambutan itu. Golongan Muslim boleh mengucapkannya kepada orang Kristian, dengan syarat mereka tidak memuliakan agamanya." Penting untuk kita wujudkan kesedaran mengenai perkara ini agar tak timbul sebarang kekeliruan. Hiduplah secara harmoni bersama agama-agama lain.


You May Also Like

10 Jari Ohsem

  1. Sblm ni asal nk krismas je mst gaduh pasal x boleh wish merry xmas ni tp thn ni mcm xde pulak sbb netizen tgk sibuk mengecam instafamous yg rakam video pengebumian sahabatnya

    ReplyDelete
  2. Selamat bercuti sehari Shida :) Ho ho ho!

    ReplyDelete
  3. HO HO HO !!! MERRY XMAS & HAPPY HOLIDAYS! HEHE

    ReplyDelete
  4. hoho betul issue ni selalu dibangkitkan setiap kali christmas

    ReplyDelete
  5. Seronok bercuti long weekend. Selamat menikmati cuti shida :)

    ReplyDelete
  6. Haha ni betul. Kadang orang pertikai kata tak boleh wish merry christmas apa semua..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.