Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 2 | Shida & Sharul

by - 00:30:00

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 2| Shida & Sharul

Alhamdulillah, hari ni tanggal 14 Disember 2020 genaplah shida dan suami melayari alam perkahwinan dan rumahtangga selama 2 tahun. Ya! memang banyak liku-liku kehidupan sebenar alam berumahtangga yang kami tempuhi, ada suka dan suka, ada susah dan senang, sama-sama kami tempuhi dengan sabar. Kalau tengok macam pengantin lamakan  sebenarnya boleh dikatakan masih baru, macam orang putih kata newlyweds hehehe. 

Dalam korang baca entri shida ni, kami tengah bercuti. Percutian ni pula adalah sambutan ulangtahun perkahwinan yang pertama kali kami dapat sambut berdua. Tahun lepas kami ber PJJ selama sebulan setengah dalam tempoh ulangtahun kami, sambut pun guna video call saja hahaa jadi larr. Kali ni tak lepas peluang untuk keluar bersama sejenak tinggalkan dulu apa yang serabut, lepas bercuti kutip balik mana yang serabut alam tu dan pintal balik bagi elok hahaha (boleh gitu?)

Shida ambil kesempatan ini pun sebab pusat tuisyen masih dalam keadaan terkawal. Ikutkan percutian ni kami dah planning awal lagi masa bulan jan dulu sebelum kita dalam wabak covid19 ni. Tapi apakan daya, terpaksa lepaskan percutian panjang yang kami plan dan ambil keputusan untuk bercuti secara dekat dan singkat sahaja. Cukuplah, asal ada masa luang bersama. Walau bagaimana pun, SOP tetap kena patuh, penjarakan sosial, pakai facemask dan kerap cuci tangan lagi-lagi kita berada dikawasan tempat orang.

Gambar ni semasa Akad Nikah dirumah shida, mengenakan baju serba biru lembut dan memang menjadi impian shida nak nikah guna baju warna biru lembut ni, Alhamdulillah tercapai. Kain pasang beli di Jakel dan minta kawan buatkan baju kurung moden berserta lace dia warna grey macth kan dengan tudung dan veil, semua buat sendiri lebih jimat.

Baju Pengantin untuk side perempuan shida mengenakan songket grey, mulanya dah pilih warna dark blue tapi apakan daya tak ada rezeki, pengantin lain dah booking dulu tinggalkan warna grey. Time tu amnbil jugalah sebab satu lagi warna tinggal hijau so pilih juga warna grey. Outdoor masa tu buat di tempat stesen keretapi lama dan taman tasik. Letih juga jadi raja sehari ni, semua nak ambil gambar dengan kita hahaaa rasa macam artis pula 😂

Okay time baju ni pun kami beli siap ja, kiranya tak pakai pun baju pengantin yang banyak-banyak lace. Side lelaki ni lebih kepada simple dan jimat, mana boleh kita cut tu memang nak cut cost. Biasalah kahwin bukan dalam pandemik covid19 ni banyak pakai duit. Walau bagaimanapun tetap puas hati dengan majlis kedua-dua belah pihak, selesai majlis no more hutang, semua selesai sebelum majlis lagi. Duit salam yang dapat pun siap boleh simpan dan guna masa honeymoon lagi. Gambar bawah ni adalah kad kahwin shida dan suami, design sama cuma warna sedikit berbeza. Terima kepada Azhafizah yang design dan buat semua untuk majlis istimewa shida ni.

Permintaan yang sentiasa kami berdua tadahkan, semoga diberi kesihatan tubuh badan yang baik, dikurniakan cahaya mata yang sentiasa kami nantikan, diberi rasa cinta yang berpanjangan serta jodoh hingga ke Jannah, yang lain-lain tu kami berserah pada Allah swt kerana aturan dia lebih baik dan cantik. Kepada suamiku tercinta Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang ke 2.. The best decision of my life is to marry you. With your love, you widened my hapinesse. God has made us for each other. i wish, untill the end of our days, we'll stay together. Thanks for loving me for many years!
 
Kad kahwin Shida, tema kad dark blue dan gold

Kad kahwin Side lelaki, tema kad warna black dan gold
 


You May Also Like

20 Jari Ohsem

  1. Selamat ulangtahun perkahwinan pd Shida dan suami.. semoga perkahwinan kalian berdua diberkati oleh Allah dan semoga kalian berdua dikurniakan zuriat soleh dan solehah kelak Insha Allah..

    ReplyDelete
  2. Happy anniversary!!! Alhamdulillah dah tahun kedua. Semoga berkekalan dan bahagia selalu selamanya. Amiin amiin amiin YRA :)

    ReplyDelete
  3. Happy 2nd anniversary
    Semoga kekal bahagia selamanya

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, selamat meraikan ulang tahun ke2 perkahwinan ye, semoga segera beroleh cahayamata, kekal bahagia hingga ke jannah hendaknya.

    ReplyDelete
  5. Selamarmt ulangtahun ke-2.
    Fiza memang berbakat reka kad.

    ReplyDelete
  6. Happy anniversary Shida & husband!!! semoga berbahagia #tilljannah.. kebetulan sama pulak tema kita.. throwback majlis kawen... hihihihi

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Selamat ulangtarikh perkahwianan Shida dan suami. Terus bermotivasi membina rumah tangga yang diberkati Allah SWT ya.

    ReplyDelete
  8. hepi anebesery shida n husband..:)

    ReplyDelete
  9. Happy 2nd wedding anniversary Shida.
    Lagi tenang bercuti Covid19 ni InsyaAllah.

    ReplyDelete
  10. Awwww... Happy anniversary shida!

    ReplyDelete
  11. happy anniversary shida dan suami semoga kebahagian tiljannah.. cantik songket kelabu.

    ReplyDelete
  12. waaa happy 2nd year of marriage! maybe it be 3,4, 100 years counting :)

    ReplyDelete
  13. Happy Anniversary Shida dan suami 💐
    Moga rumahtangga bahagia dunia akhirat dan tercapai segala impian berdua.

    ReplyDelete
  14. wah.. Happy Anniversary.
    Anniversary saya 16 Disember. beza 2hari. hehe..
    Btw: nak bgtau saya ada buat giveaway di blog. kalau sudi, jom la join. https://tangangebu27.blogspot.com/2020/12/blogger-giveaway-jute-bag-aeon-voucher.html

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah. Happy 2nd anniversary Shida dan husband. Semoga berbahagia sampai syurga dan semoga dikurniakan anak anak yang soleh dan solehah. Aaminn..
    Terima kasih tak jemu jemu gunakan perkhidmatan design dari Fiza :)

    ReplyDelete
  16. Happy anniversary untuk kak shida dan suami!!! Semoga sentiasa diberkati dan bahagia hingga ke jannah kak! Juga semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, juga berbakti kepada ibubapanya...

    Tema warna kad kahwin kak shida sama dengan kad kahwin adik Cik TK, dark blue dan gold!

    ReplyDelete
  17. Happy anniversary Shida dan pasangan..semua bahagia hingga ke syurga.

    ReplyDelete
  18. Happy belated anniversary shida..
    Semoga jodoh Shida dan suami berpanjangan sampai ke syurga.. Aamiin..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.