• Home
  • Author
  • Tutorial
    • Tutorial Blog
    • Tips Nuffnang
    • Tips & Info
  • My Service
    • Advertisement
    • Design & Edit
    • My Banner
  • Recipe
  • Disclaimer
  • Sitemap
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

Dunia sebenar Shida

Resepi Ayam Masak Merah Simple Tapi Sedap!  | Okay korang! hari ni kita belajar masak ya, tengah rajin nak menaip resepi hehee. Semalam menu yang shida masak adalah AYAM MASAK MERAH kalau ikutkan rasa sedap ala-ala kenduri gitu. Resepi ni shida ambil dari resepi Kakngah shida, masa dia masak nasi tomato tahun lepas, lama dah. So hari ni shida cuba resepinya, Alhamdulillah sedap dan berjaya hahaha 😋😋

Bahan pula takde la rumit mana, semua bahan yang ada didapur korang tu. Lain orang lain cara masaknya dan ini adalah cara shida ya. Kalau ada rasa tak suka dengan cara ni tak perlu ikut, yang suka tukar-tukar menu dan rasa bolehlah cuba. Bagi adik kakak yang baru nak belajar masak boleh cuba resepi shida ni sebab shida masak dalam kuantiti yang sedikit. Jom kita start!

Resepi Ayam Masak Merah Simple Tapi Sedap! 

BAHAN - BAHAN :

  1. 6/7 ketul ayam dicuci bersih dan digoreng
  2. Bawang besar 2 biji (sederhana) - dikisar
  3. Bawang Putih 4 biji - dikisar
  4. Halia sedikit - dikisar
  5. Lengkuas sedikit - dikisar
  6. Buah Keras sebiji - dikisar
  7. 4 Sekawan serba satu - untuk menumis
  8. Sebatang serai diketuk - untuk menumis
  9. Cili kisar dalam 4 senduk kecil
  10. Serbuk cili - 2 sudu makan
  11. Cili Sos - 4 sudu makan
  12. Minyak dalam 2 senduk kecil - untuk menumis
  13. Gula dan garam serta serbuk perasa (jika perlu)

 

CARA MEMASAK :

  • Masukkan minyak, bila minyak dah panas masukkan 4 sekawan dan sebatang serai yang telah diketuk. Selepas tu masukkan bahan yang dikisar tadi (bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan buah keras) Tumis bahan tadi sehingga naik bau dan bahan tumis sedikit kuning.
  • Selepas tu masukkan cili kisar dan gaul sebati, masukkan pula serbuk cili. Tumis bahan sehingga pecah minyak ya. Bila dah pecah minyak boleh masukkan cili sos pula gaul rata kalau nampak agak pekat atau kering tambah air ya, kot nak sambal berkuah sikit.
  • Bila sambal dah mendidih boleh masukkan gula dan garam serta ayam yang telah digoreng. Kacau rata sehingga ayam sebati dalam kuah sambal. Boleh juga letakkan hiasan lain seperti bawang holand dipotong bulat atau daun bawang potong panjang-panjang. Time masak ni shida tak letak hiasan ni sebab tak ada pun bahan-bahan ni lupa nak topup, guna apa yang ada saja.
  • Biar kuah dan ayam mendidih, dah cukup rasa dan semesti kena sedap ya! hahaha boleh la tutup api dan sedia dihidangkan. Menu ini cadangan untuk 3 ke 4 orang makan. Selamat Mencuba!

Share
Tweet
Pin
Share
6 Jari Ohsem
Sticker Nama Untuk Buku Sekolah Anak-Anak | Alhamdulillah dapat juga shida update entri walau dah dikira lewat sikit updatenya. Hari ni shida sibuk sikit selesaikan sticker-sticker tempahan customer shida ni. Yerlah dah PKP tak dapat bekerja, nak bekerja dari rumah pun shida sebenarnya tak minat pun nak buat. Maka shida selang seli masuk pejabat untuk selesaikan kerja-kerja shida. 

Okay bersambung tentang sticker, sebenarnya shida ni buat partime printing. Biasa printing yang shida buat ni pelbagai bergantung kepada permintaan sebenarnya. Macam bulan ni banyak shida ambil tempahan sticker nama buku sekolah anak-anak. Ini antara kerjasama shida dan satu production ni (kawan shida) Biasa shida collect order untuk bagi dia job dan komisyen diberi mengikut order yang shida ambil.

Dalam masa yang sama dapatlah shida buat side income selain dari hasil berblog, ini antara job lain yang shida buat. Kalau korang nak tahu shida ni dalam satu masa buat banyak kerja, kadang-kadang printing, pastu design tak masuk pula dengan bloging lepastu kerja tuisyen, oh lupa biznes lagi. Sticker nama ni dah jadi satu trend dah dikalangan pelajar dan ibubapa. Sticker ni mula diperkenalkan lama dah, lepas tu upgrade buat cop nama pula.

Untuk tahun ini sahaja, dah lebih 100 keping shida print untuk customer, customer juga ada yang repeat, setiap tahun tempah. Itu yang paling seronok bila customer repeat order kat kita. Ramai yang dah nampak kelebihan menggunakan sticker nama ni, sebab ada buku yang kulit licin memang susah nak tulis dengan pen atau pun cop, jadi dengan ada sticker ni boleh tarik tampal sahaja.

Tapi korang jangan salah anggap, bukan shida kata menulis ni tak elok, elok je kalau nak menulis lagi-lagi jika suri rumah yang ada kelapangan dirumah boleh la tulis menulis. Tapi zaman sekarang ni kerja tulis menulis baik mak atau ayah ada yang rasa benda boleh mudah kenapa nak dirumitkan ye dak? Mana boleh setel dengan cara mudah lebih baik setelkan cara macam tu.

lagi pun setakat ini customer shida separuh darinya adalah ibu yang tidak bekerja ataupun suri rumah. Mereka kata tampal sticker lebih mudah dan cepat sebab kerja-kerja fokus ni memang mengambil masa lagi-lagi nak menulis. Jadi pendekatan yang lebih baik adalah sticker kan ajer 😁

Sticker ni bukan sahaja boleh tampal pada buku, pada alatan tulis pun boleh. Ini salah satu gambar dari customer shida, anak blogger Azizah Yahaya. Jiejah dah dua tahun repeat order sticker ni. Selain tulisan rumi boleh juga print dalam tulisan jawi. Bertuah sungguh zaman sekarang ni, semua mudah kan! dulu tulis lah sampai bengkak jari hahaha 😁😁

Cuma bagi shida sticker nama ni paling tepat dan patut dimiliki oleh setiap ibubapa bagi memudahkan dan meringankan lagi kerja tanpa perlu menulis nama pada buku anak-anak. Bayangkan la jika ada 3 4 orang anak dengan bilangan buku yang banyak, tak ke jenuh nak menulis. 

Sticker ni mudah, siap dipotong petak tinggal tarik dan tampal sahaja, sangat mudah. Jenis sticker ada dua jenis, satu jenis putih dan satu lagi jenis transparent, dua-dua jenis shida ada buat. So bagi korang yang berminat bolehlah roger shida melalui facebook atau email sahaja. Nanti shida respon kita chat melalui whatsapp ya. Thanks korang!

Share
Tweet
Pin
Share
6 Jari Ohsem

Kebaikan dan Kelebihan Periuk Dessini | Korang ingat lagi tak lagi entri shida membeli periuk dessinin sempena shocking sale shopee 11.11 tahun lepas. Yang terlepas boleh baca ENTRI INI untuk membacanya. Jadi setelah beberapa bulan menggunakan periuk dessini ternyata ada banyak kelebihan dan kebaikan menggunakan periuk seperti ini.

Pada entri yang lepas shida membeli satu set (12pcs) periuk dessini di shopee yang harga ditawarkan cukup rendah. Warna maroon adalah warna yang dihantar kepada shida setelah warna biru sudah kehabisan stock, ya memang frust tak dapat warna biru korang!

SATU SET PERIUK DESSINI :

20CM PERIUK DESSINI, 24CM PERIUK DESSINI, 28CM PERIUK DESSINI, 32CM PERIUK DESSINI & 28CM KUALI DESSINI (didatangi bersama penutup setiap satu)
 

Tapi setelah dapat, okay agak berpuas hati dengan warna maroon ni. Punca shida membeli periuk dessini ni adalah disebabkan dah tak nak lagi membazir wang dengan membeli periuk yang hanya bertahan dalam tempoh yang singkat dan juga ingin memudahkan kerja-kerja seharian didapur, memandangkan shida hari-hari memasak maka periuk seperti ini adalah wajib atau perlu ada oleh shida dan setiap mak-mak diluar sana.

Bila memasak ni shida paling rungsing kalau kuali atau periuk yang kita guna ni tak bersih. Kebiasaan masalah seperti ini apabila muncul tanda-tanda karat dikawasan dalam kuali, mulalah rasa was-was nak guna sebab risau nanti akan menjejaskan kesihatan kelak. 

Selain tu juga periuk atau kuali bila masak dia cepat hangit lepas melekat-lekat, ikutkan pengalaman shida pernah beli kuali dan periuk dari yang murah dan ke mahal kedua-dua situasi shida pernah alami pada periuk atau kuali yang shida beli. Kadang tu rasa stress sebab hampir setiap bulan buang dan beli baru periuk, rasa satu pembaziran disitu.

Dalam tempoh pemakaian periuk dessini ni apa yang shida amat berpuas hati adalah dengan kepelbagaian saiz periuk, dari yang kecil hingga ke besar alam. Ia disertakan dengan penutup periuk berkaca dengan pemegang tombol mudah dan selamat. Memang nampak tahan lasak periuk dessini ini.

Ketika memasak menggunakan periuk dessini, apa yang shida lihat, kuali cepat panas, masakan juga sekata. Senang kata shida sangat berpuas hati dengan masakan dengan menggunakan periuk dessini ini. Masakan tak melekat ia juga mudah dibasuh. Shida pernah masa tu goreng sayur lepas tu nak guna kuali yang sama untuk buat telur dadar shida cuma lap dengan tisu sahaja dah bersih, terus boleh membuat telur dadar pula.

Periuk dessini tak berat tau mudah untuk handle, walau shida menggunakan periuk yang paling besar berukuran 32cm masa tu shida buat kuah mee kari tapi masih ringan. Jadi amat mudah untuk kita sebagai wanita untuk angkat alih periuk besar seperti periuk dessini. Untuk keseluruhan kebaikan bagi shida ia sangat memudahkan kerja-kerja memasak didapur dan para wanita atau mak-mak diluar sana wajib ada satu set periuk dessini ini dirumah 😊 Bagi shida satu kepuasan memasak juga harus ada ketika berada didapur.

ANTARA MASAKAN YANG SHIDA MASAK MENGGUNAKAN PERIUK DESSINI



Share
Tweet
Pin
Share
13 Jari Ohsem
Giveaway Sii Nurul | Tengah blogwalking tadi ternampak pula giveaway dari Blogger Siinurul. Apa lagi laju-laju shida nak join memandangkan idea menulis masih zero. Tahniah kepada siinurul kerana berjaya dalam menghasilkan pendapatan bersama adsense. Maka beliau nak kongsi rezeki bersama-sama dengan pemenang bertuah.
 

Syarat cukup mudah korang, buat entri letak banner, follow Blog Sii Nurul dan Blog Inspirasi Kami, like juga fanpage siinurul dan jangan lupa lepas buat entri komenkan link diruangan komen ya, mudah kan? So apa tunggu lagi jom ramai-ramai support giveaway siinurul (tekan banner atas).

 

2 pemenang yang bertuah akan menerima :

WANG TUNAI RM50.00 (cabutan)

Segmen bermula pada :

24 JANUARI 2021 - 20 FEBRUARI 2021

GOOD LUCK SEMUA! 😊


Share
Tweet
Pin
Share
17 Jari Ohsem
Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor, Perak | Assalammualaikum korang! Akhirnya shida keluar juga entri bercuti di Pulau Pangkor tahun lepas 2020. Shida ke sana bercuti bersempena Sambutan Ulangtahun Perkahwinan Shida dan Husben yang ke 2 tahun. Ya ya tahu! semua akan cakap owh masih panjang perjalanan perkahwinan kami ni. Yes! memang betul masih muda angka perkahwinan kami tapi memang tak perasan masih baru, rasa seperti sudah lama berumahtangga tau! Sebab hari-hari mengadap Encik Husben sorang ni, rasa macam lama dah duduk sebumbung dengan dia 😂

Percutian 3 hari 2 malam ni kami mengambil peluang untuk cuti berehat setelah setahun bekerja dengan tegang dan penat tambahan pula dengan pandemik covid19 ini. Plan nak ke sana memang dah lama kami rancang disebabkan perancangan nak ke Pulau Langkawi telah dibatalkan disebabkan wabak virus ni. Walau bagaimana pun kami berdua enjoy bercuti di sana, tak sesak dengan orang sebab kami memilih untuk pergi bercuti pada hari minggu.

Penginapan di Pulau Pangkor kami memilih untuk stay kat Chalet Nipah Bay Villa yang berharga semalam RM90.00 sahaja. Kami naik feri dari Jeti Marina, tiket feri dan penginapan siap booking Online menggunakan Traveloka. Terminal Jeti Marina ni bagi shida amat mudah kerana parking kereta disediakan dari berbumbung ke tempat tidak berbumbung dan of course ianya berbayar mengikut hour.

Gambar dari Depan Chalet Nipah Bay Villa

Keadaan bilik kemas dan bersih 😀

Gambar dari depan bilik kami di Chalet Nipah Bay Villa

Sebenarnya sederet chalet ini terdapat juga beberapa motel dan chalet yang lain tapi Chalet Nipah Bay Villa ni adalah yang paling direkeman dalam traveloka. Chalet yang bersih dan servis juga bagus, chalet ini antara chalet paling dekat dengan pantai. Jika weekend terdapat juga pasar malam sepanjang jalan dan juga kedai-kedai makan. Jadi jika duduk di area sini memang tak akan lapar, kedai makan banyak gila. Malam pertama kami sampai ke sini kami pilih untuk makan di kedai makan ditepi pantai memandangkan kedai berdekatan dah penuh dan duduk dimeja berdepan dengan pantai, best! ada deruan angin dan ombak.
 

Untuk bercuti di Pulau ni korang kena ingat tak ada yang murah ya! Tempat biasa-biasa papan nak reput pun harga depa memang mahal. Encik Husben kata nama pun bercuti tak perlu kata nak jimat sangat, memang kena keluar belanja, tak apa memang dah spend untuk bercuti kali ni so memang dah spend bajet yang cukup! Tapi walau makanan mahal setimpal lah dengan kuantiti makanan yang disediakan sangat-sangat banyak.
 

Malam berikutnya (hari ke 2) kami makan satu kedai makan yang selalu penuh dengan orang. Masa malam pertama tu kami tak dapat makan kat kedai ni sebab penuh dengan orang dan bersesak tu yang decide makan kat kedai kat pantai tu je. Nama kedai ni MIJUEN THAI FOODS PROJECT, nama macam kedai siam tapi ini kedai orang melayu kita tau, masakan ala-ala kedai siam gitu,sedap!

Hari ke dua berikutnya, kami bercadang nak meronda sekitar kawasan teluk nipah ni, memandangkan hari baik cuaca panas kami hanya sewa motor sahaja dan sebelah petang selepas solat zohor baru kami bercadang turun ke pantai untuk mandi. Sewa motor sehari RM40.00 + RM50.00 (deposit ) dan deposit akan dipulangkan selepas kita dah tak nak guna lagi motor tersebut dan diserahkan dalam keadaan yang baik. 

Lupa pula shida nak tanya tentang sewa kereta sebabnya semasa kami datang ke teluk nipah ni abang driver teksi pink beritahu yang jalan biasa digunakan tu tanah runtuh jadi agak susah jika naik kereta untuk melawat kawasan sekitar jika tak berhati-hati sebab jalan di dalam kawasan pulau yang agak sempit juga. Selepas sarapan kami terus gerak ke pekan untuk melawat sekitar teluk nipah, tempat pertama yang kami tuju iaitu KOTA BEALANDA, seterusnya kawasan BATU BERSURAT dan tempat terakhir MASJID AL-BADI 1000 SELAWAT. Ketiga-tiga tempat ni sebenarnya dalam satu kawasan je jadi siapa yang pertama kali datang tak akan sesatlah hahaaa.

Gambar dari bawah kawasan Kota Belanda, kecil je tempatnya, sesuaila nak bergambar kat sini
 
Gambar ni pula pandangan dari atas, masa ni orang tak berapa ada, biasa bukan hujung minggu.
 
Gambar selfie kami berada di atas kawasan Kota Belanda.
 
Batu bersurat. Ia merupakan batu yang terpahat dengan huruf-huruf tulisan kuno. Ia merupakan bukti sejarah kedatangan Belanda ke kawasan ini. Terletak tidak jauh dari Kota Belanda. Penduduk tempatan percaya batu ini hidup kerana ia mampu membesar dari saiz asalnya yang agak kecil. Panjang batu ini 10.7 meter, lebarnya 4.6 meter dan berketinggian 4.3 meter.
 
Gambar Masjid Al-Badi dari hadapan, masjid ni berada di atas air lebih kurang macam terapung.
Seluruh dinding masjid ini dihias dengan 1000 selawat.
 
Gambar kawasan tepi dalam masjid.
 

Setelah selesai kami berdua berehat sekejap di tepi yang ada penjaja menjual minuman, duduk lepak minum sat sebab cuaca dah panas terik, tak tahan shida dengan pakai facemask lagi. Memang dari awal perjalanan SOP memang kami patuh sebab berada ditempat orang kan. Selesai berehat kami gerak balik ke Chalet untuk berehat sekejap dan solat sebelum turun ke pantai.
 
MAAF ENTRI KALI NI PANJANG & BANYAK GAMBAR! SELAMAT MEMBACA GAIS!

Lebih kurang  jam 3 petang kami turun ke pantai, kalau korang nak tahu nak ke pantai nak ke kedai makan kedai runcit dan pasar malam hanya berjalan kaki sahaja tau. Memang beruntung menginap dikawasan teluk nipah ni sangat menyenangkan. Kami berjumpa dengan orang handle kawasan pantai dorang ni ada nama cuma shida tak ingat apa nama panggilan untuk dorang ni 😂

Sembang punya sembang kami decide untuk pusing pantai dan mandi kat pantai yang jernih airnya sahaja kira macam dekat kawasan tengah-tengah pantai, memang dorang ada buat kawasan khas untuk bermandi manda. Sewa boat ada dua jenis, yang berbumbung dan boleh naik lebih kurang 10 orang satu boat harga RM150. Jika untuk tak lebih dari 4 orang RM80 (tiada bumbung) dan masa tu juga shida baru tahu encik husben mabuk laut hahahaa. Kami naik yang tiada bumbung sebab naik pun berdua saja dengan tukang handle boat tu.

Lepas abang boat dah bawa pusing-pusing teluk, kami melawat tempat snorkling tapi shida tak ambil pakej snorkling tu just pergi situ untuk bagi ikan-ikan makan je hehee bagi ikan makan dengan roti keping tu ha, abang boat dah sediakan bagi kami. Selesai je,kami pun di bawa ke tempat mandi manda dan ditinggalkan disitu sehingga jam 6 petang.
Seronok mandi manda macam ni, tenang je duk kat pantai ni. Kebetulan sangat masa ni kat pantai tu cuma ada kami dan satu lagi family (3 orang) so pulau ni macam kami yang punya, nak gelak nak jerit ikutlah takde sape dengar pun hahhaaa 😁😁 lebih kurang 3 jam duk dalam pulau ni, penat juga berendam hahaaa. Pukul 6 boat sampai kami pun gerak balik ke Chalet. Hari ke dua ni hari yang amat memenatkan satu hari punya aktiviti full!
 
Cukuplah 3 hari kami di sini, jomlah pulang! kerja-keja harian dah menunggu dan memanggil kami balik hahaha. Sampai di Jeti Marina kami sempat singgah ke Lumut untuk beli sedikit ole-ole untuk dibawa balik. Kami singgah Aeon Manjung untuk makan dan langsung terus balik ke kampung suami di Beruas sebelum ke Taiping. Simpan semuanya dalam blog ini untuk kenang-kenangan, kot nanti anak cucu buka dan baca pula 😍 Hope enjoyla baca ye! Terima kasih semua 😊

Share
Tweet
Pin
Share
23 Jari Ohsem
Nama samaran yang ringkas boleh di panggil MSA atau Si Tangan Gebu berasal dari Kelantan. TG mengajak ke semua bloggers yang suka join aktiviti seperti ini untuk menyertai Giveaway by Blog Tangan Gebu yang bakal berakhir tak lama saja lagi pada 31 Januari 2021. Giveaway ini menawarkan pelbagai jenis hadiah yang menarik. Korang nak join? jom lihat details giveaway di bawah :

Syarat ke 2 : Tulis ayat ringkas/perenggan kenapa anda join giveaway ini 
dan copy paste gambar pertama dalam post ini.
 
Kenapa eh? Okay bila tengok hadiah terus teruja! Jika ada rezeki mahu kan hadiah 1st Prize tu :) Jika dapat syukur Alhamdulillah! Selain dari tu seperti biasalah sesi support antara blogger juga. Shida memang selalu support jika ada diantara blogger yang buat aktiviti blog seperti ini. Terima kasih TG menganjurkan aktiviti ini beserta hadiah yang cukup lumayan. Semoga awak berjaya dalam apa jua yang awak ceburi. Amin!


Antara hadiah yang cukup menarik untuk dimenangi! Nak menang? Jom join!



Share
Tweet
Pin
Share
12 Jari Ohsem
MCO 2.0 GIVEAWAY | Hari ni rasa kelapangan sedikit untuk join aktiviti blogger, kebiasaan aktiviti macam sangat sesuai di join oleh para blogger yang kekeringan idea untuk menulis seperti shida ni hahaa 😁😅 Shida ni idea nak menulis ada je tapi selalu je tak sempat jadi kita dulu kan mana yang sempat dulu.
 

Giveaway kali ni shida join dari anjuran Blogger Anakdenesor, menarik buka nama dia? haaa apaa tunggu lagi moh ler pakat-pakat join giveaway ni dan memeriahkan lagi sementara tarikh tamat belum sampai lagi, lagi beberapa hari saja lagi. Syarat sangat-sangat mudah memang sesuai bagi blogger yang tak suka join giveaway yang terlalu sarat dengan pelbagai syarat.

So good luck kepada semua blogger yang join giveaway ini dan tarikh tamat pada 1 Februari 2021 . Nak join klik banner atas tu telah shida pautkan terus ke blog Blogger Anakdenesor, thanks. Oh ya! shida ada soalan, siapa antara korang yang suka tengok atau baca kisah seram dan mistik atau hantu? 


Share
Tweet
Pin
Share
16 Jari Ohsem
Dapat Kejutan Hadiah Dari Blogger Part 3 | Alhamdulillah rezeki PKP dapat kejutan hadiah dari seorang blogger ni. Pada mulanya shida macam blur bila dapat bungkusan yang diterima oleh husben shida. Balik dari kerja terus husben cakap, awak dapat parcel lah. Shida mulanya belek-belek belum buka lagi tapi macam tak sure siapa gerangan yang beri shida kejutan ini.

Walau ada nama si pengirim shida masih blur sebabnya tak berapa ingat nama ni tapi macam pernah nampak. Dalam kepala memang dah dapat tangkap mesti dari blogger ni, cuma blogger yang mana memang kena tekalah! sebabnya tak letak pun link blog kat mana-mana. Jadi bila buka sampulnya ada sebuah buku / komik Lawak Kampus dan sekeping notes untuk shida.

Sekeping notes yang tertulis "Assalamualaikum.. Just want to say THANK YOU! (anies blogger) Bila tengok nama anies terus teringat Blogger Anies pernah minta shida alamat dan bila shida tanya dia kata yes! dia yang bagi dan rata-rata ramai juga blogger lain yang menerima hadiah yang sama. 
 
Alhamdulillah terima kasih Anies moga murah rezeki dan terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog shida 😉 Supaya shida tak terlepas pandang lagi lepas ni, shida dah masukkan blog anies ke dalam bloglisted shida, terima kasih sekali lagi!


Share
Tweet
Pin
Share
12 Jari Ohsem

Perak dari PKPB ke PKP Mulai 22 Januari hingga 4 Februari 2021 | Hari ini bermula Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Negeri Perak. Ada juga beberapa buah negeri yang PKP bersama hari ini. Seperti biasalah Pusat Tuisyen shida juga turut terjejas diarahkan penutupan semasa PKP. Allahu masa dapat berita ni memang shida tak terkedu tak tahu nak cakap apa.

Kesian sungguh dengan anak-anak murid shida ni, dorang semangat dah datang tuisyen belajar perkara baru dengan norma baharu, alih-alih Pusat kena tutup. Ramai juga ibubapa yang mengadu perihal anak-anak, lagi-lagi permasalahan masih tidak dapat membaca dengan baik atau menguasai bahasa dengan lancar kerana lama tak pergi sekolah.

Memang shida akaui, tak semua ibubapa punya masa dan tenaga bila anak-anak berada dirumah untuk pdpr. Tambahan pula ibubapa yang bekerja, ramai alami masalah untuk mengurus pembelajaran anak-anak dirumah. Mungkin bila hantar tuisyen dapat sedikit sebanyak membantu pembelajaran anak-anak semntara sekolah masih tutup.

Handfone pula sekarang dah jadi salah satu gadget wajib anak-anak perlu ada, kerja sekolah dan latihan semua sekarang melalui handfone, memang betul sekolah sekarang berada di dalam handfone dengan norma baharu persekolahan. Nak tak nak kena juga hadap semua ni sampai segalanya pulih kembali seperti sediakala.

Macam shida sendiri, macam selalu shida kata sebelum ni, bila kami diarah tutup yang paling terkesan adalah bila nak buat pembayaran dari segala segi terjejas. Mana nak bayar sewa, bil-bil semasa, penggajian (stress fikir). Inshaa Allah semoga Allah swt permudahkan segala kesulitan yang timbul. Moga ada sinar selepas apa yang terjadi walaupun i sinar shida tidak lulus huhuu #sabarjela 😕

Kepada kawan-kawan diluar sana yang dapat bekerja, berhati-hati ya! Elak 3S sembang dekat, sempit dan jaga jarak, sesak dikawasan ramai orang, Yang penting pakai facemask dan selalu hand sanitizer. Untuk PKP hari pertama hari ni dan esok shida masuk pejabat untuk selesaikan kerja-kerja penting, lepas tu shida teruskan dengan WFH saja sehingga tunggu khabar berita untuk bebas PKP.


Share
Tweet
Pin
Share
14 Jari Ohsem

Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 1 hingga 28 (Akhir) | Slot Akasia TV3  | Nantikan drama bersiri 'Rahimah Tanpa Rahim' bakal disiarkan di slot Akasia TV3. Menampilkan lakonan Azlee Khairi, Puteri Aishah, Hafidz Roshdi, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi. Anda juga boleh strim secara online di TONTON. Selain itu, anda juga boleh strim sejurus selepas habis tayangan di TV iaitu pada jam 8 malam melalui laman web www.iq.com atau download sahaja aplikasi iQIYI Malaysia. Anda boleh tonton secara percuma.

Sinopsis Drama Rahimah Tanpa Rahim

Drama Rahimah Tanpa Rahim ini mengisahkan Rahimah (Puteri Aishah), seorang gadis kampung tinggal bersama ibunya, Mak Ani (Liza Abdullah) dan bapanya, Pak Akob (Badrul Muhayat). Sengsara telah lama menemani Rahimah bila dirinya selalu dipersalahkan dan dibenci oleh ibubapanya sendiri. Hasutan dan penipuan adiknya, Rozana (Sera Melissa) adalah punca Rahimah selalu ditimpa malang

Adli (Hafidz Rosdi) ada menyimpan perasaan terhadap Rahimah tetapi perasaan itu semakin menyakitkan bila Rahimah temui seorang jejaka bernama Jauhar (Azlee Khairi). Jauhar mengambil keputusan untuk memperisterikan Rahimah dan Rahimah mengikut suaminya pulang ke bandar.  

Nurul (Ezzaty Abdullah) merupakan gadis yang disukai Ramzi (Mustaqim Bahadon) tetapi Nurul hanya cintakan Jauhar. Nurul hanya anggap Ramzi sebagai kawan untuk mengadu segala masalahnya. Satu hari, Rahimah ditimpa satu penyakit sindrom dan disebabkan itu, Rahimah mengetahui bahawa sejak lahir lagi, dia memang tiada rahim dalam perutnya. Dia tidak akan mendapat zuriat sepanjang hayatnya. Rahimah berfikir bagaimanakah kehidupannya sebagai seorang isteri yang tidak mampu memberi zuriat pada suaminya. Dengan rela hatinya untuk mengekalkan kebahagian rumah tangganya, Rahimah mengizinkan suaminya berkahwin sekali lagi, dengan Nurul. 

Akhirnya, Jauhar dijodohkan dengan Nurul. Namun timbul pelbagai konflik yang menimpa Rahimah supaya Rahimah berpisah dengan Jauhar. Satu persatu perkara akan terbongkar dan adakah kebahagiaan akan menemui Rahimah. Lahirkah bahagia yang didambakan?

 


Info Drama Rahimah Tanpa Rahim

  • PENULIS SKRIP : Puovin & Tommy Loh
  • PENGARAH : Eoon Shuhaini
  • PRODUKSI : Country & Universal Sdn Bhd
  • SIARAN TV : Slot Akasia TV3
  • BILANGAN EPISOD : 28 Episod
  • WAKTU SIARAN : Isnin - Jumaat (7 malam)
  • TARIKH TAYANGAN : 22 Januari 2021 

Pelakon & Watak Drama Rahimah Tanpa Rahim

  • Azlee Khairi sebagai Jauhar
  • Puteri Aishah sebagai Rahimah
  • Hafidz Roshdi sebagai Adli
  • Ezzaty Abdullah sebagai Nurul
  • Liza Abdullah sebagai Mak Ani
  • Amelina sebagai Puan Sakinah
  • Mustaqim Bahadon sebagai Ramzi
  • Sera Melissa sebagai Rozana
  • Anne Abdullah sebagai Puan Faridah
  • Diana Dee sebagai Shidah
  • Badrul Muhayat sebagai Pak Akob
  • Farhan Asri sebagai Idin
  • Azri Iskandar sebagai Tuan Rosdi
  • Che Kem sebagai Tuan Firdaus

 

Share
Tweet
Pin
Share
11 Jari Ohsem
Moga Sampai Dengan Selamat | Lega sangat semua hadiah untuk Geng Kuat Komen 2020 telah shida siapkan dengan sempurna. Inshaa Allah selasa shida akan pos ya memandangkan shida offday hari selasa. Jika dah sampai ke tangan si penerima semua hadiah-hadiah ni, boleh lah roger shida nanti ya, harap landing dengan selamat hendaknya.

Sebenarnya ada empat penerima Geng Kuat Komen 2020 yang masih belum email shida detail untuk pengeposan hadiah ni. Jadi disebabkan tak nak tunggu terlalu lama lagi, memandangkan yang lain semua dah beri detail maka shida pos dulu mana yang dah bagi dulu. Nak tahu top 20 yang menerima sedikit buah tangan dari shida boleh refer link bawah ni ya.
TOP KOMEN 2020 - GENG KUAT KOMEN
 
Harap dengan pemberian kecil ini dapat mengeratkan lagi ukwah persahabatan kita dalam dunia blogger ini. Seronok juga sekali sekala, dapat beri hadiah kecil dan berkongsi rezeki untuk dibuat kenang-kenangan kan. Inshaa Allah ada rezeki lebih setiap tahun nak buat macam ni, cuma shida rasa untuk tahun 2021 ni berbeza sikit. 
 
Perkongsian rezeki nanti shida akan buat setiap tiga bulan, maksudnya akan ada empat kali pemberian hadiah dalam setahun iaitu pada bulan mac, jun, september dan disember.
 
So apa isian dalam setiap bungkusan tu? Haaaa setiap bilangan atau jumlah komen yang shida kumpul dalam Geng Kuat Komen 2020 dari bulan jun hinggalah disember 2020 tu berbeza sikit hadiah-hadiahnya antaranya ada Bantal Leyna (petite), Frame 4R dari ikea, Digital Counter (tasbih), Tent Card Calendar  (limited edition) dan Ole-ole dari pangkor. 
 
Terima kasih sekali lagi kepada semua yang selalu support blog shida, stalker blog shida atau yang hanya baca dan berlalu pun shida ucapkan terima kasih. Banyak peningkatan blog dari bulan ke bulan sejak shida mula aktif lagi, seronok rasa dan semakin semangat untuk terus berblogging. Love korang semua! 💋

 

 

Share
Tweet
Pin
Share
15 Jari Ohsem
Terima Kasih Bloglist 2020 | Alhamdulillah pejam celik pejam celik kita dan pun masuk separuh bulan Januari 2021. Shida rasa bulan ini cepat sangat masa berlalu. Sampai satu time tu shida rasa terkejar-kejar dalam menjalankan sesuatu kerja, kadang tu rasa macam tak cukup masa pun ada. Dengan kerja terlalu banyak sampai nak fokus kepada blog pun rasa tak sempat saja.

Kepada Bloglist 2020, terima kasih tak terhingga kerana sudi berada dalam list dan menjalankan tanggungjawab menjadi salah seorang bloglist shida ni. Antara 20 tersenarai ada 2 3 je yang tak berapa nak aktif dan kurang blogwalking. Walau bagaimanapun shida ucapkan terima kasih. 

Dengan ini, Bloglist 2020 telah shida tamatkan dan akan ada nanti Bloglist 2021 yang baru cuma tunggu kemunculannya pada bila-bila masa sahaja lagi. Ada juga beberapa blog yang aktif dan sering menjadi top komen bulanan blog, shida telah masukkan ke dalam Bloglisted shida dimana senarai dalam Bloglisted adalah kekal selamanya. Haaaa suka tak? 😊

Ada ke blogger yang blognya aktif dan ingin exchange bloglist dengan shida, jika ada boleh komen ya. Bolehlah kita saling menukar link dan saling blogwalking sesama kita. Dalam dapat berkenalan dengan lebih rapat, boleh juga menaikkan trafik sesama kita. Inshaa Allah selesai kerja tusiyen shida akan all out semula. Shida baru berkesempatan nak blogwalking ke blog dalam senarai Bloglisted shida., jumpa korang kat blog ya 😉


Share
Tweet
Pin
Share
14 Jari Ohsem
My First Giveaway by Blog Sal | Alhamdulillah hari ni diberi kesempatan untuk update lagi entri. Entri kali ni shida nak join Giveaway dari Blogger Sal. Syarat -  syarat giveaway sangat-sangat mudah cuma perlu follow blog penganjur dan buat satu entri giveaway, mudah amat! Siap entrinya yeay!

So shida nak jemput juga korang semua untuk support Blogger Sal dengan giveawaynya. Syarat mudah dengan 15 Pemenang yang ditawarkan dengan menggunakan random number generator. Hadiah berupa Fride Magnet + Hadiah Misteri. Giveaway akan tamat pada 8 Februari 2021, jam 11.59pm. Good Luck bagi yang menyertai giveaway ini.

Oh ya! Lupa semalam shida dapat parcel misteri dari abang pos laju. Dah buka hadiahnya, cuma shida tak boleh recognize pengirimnya 😆😆 sebab tak letak nama blog just letak namanya sahaja. Shida dah komen blog si pengirim "jika betul dia si pengirim misteri". Nampaknya shida dapat sekali lagi kejutan dari blogger.

Agak lama shida tak terima hadiah misteri dari blogger ni, bila dapat tu macam excited pula korang 😁😁 Salah satu tercetusnya idea untuk update entri hahahaa. Terima kasih daun keladi kepada si pengirim nanti shida update ya!


Share
Tweet
Pin
Share
21 Jari Ohsem
Ketahui Khasiat Udang | Korang jangan terkejut pulak dengan udang yang sebesar tapak tangan shida ni. Memang tersangat besar, shida masak pun 4 ekor sahaja korang, tapi udang ni hanya suami sahaja yang makan memandangkan shida alah seafood. 
 
Masa ni beli udang ni dengan harga sekilo RM55.00, husben shida beli setengah kilo tak silap dapat dalam 12 ekor sahaja. Husben kata makan 3 ketoi pun kenyang sangat dah, sebab isi tebal.
 

Jika korang nak tahu udang juga ada khasiatnya tersendiri. Udang adalah salah satu sumber protein yang sangat baik dan berkualiti tinggi. Udang juga mengandungi beberapa vitamin dan mineral yang menggalakkan kesihatan yang baik serta rendah kalori dan tidak mengandungi karbohidrat.

Walaupun kandungan kolestrol dalam udang juga tinggi, tetapi udang juga mengandungi kandungan Omega 3 dan asid lemak yang tinggi yang baik untuk kesihatan jantung dengan berpontensi mengurangkan tahap trigliserida darah.

Udang besar-besar ni masak apa sedap ya? Time ni shida masak sambal udang permintaan dari husben shida. Mulanya nak buat sambal udang petai tapi petai tak jumpa pun semalam kat pasar maka buat sambal tanpa petai saja. Makan nasi panas-panas pun sedap korang 😋


Share
Tweet
Pin
Share
22 Jari Ohsem

 

Top Komen 2020 - Geng Kuat Komen | Assalamualikum wbt korang 😀 Sihat ke harini? Semalam dapat perkhabaran PKP, PKPB & PKPP dilaksanakan dibeberapa buah negeri. Harap bertabah la ye negeri-negeri yang dikenakan PKP. Moga Allah lindungi kita semua dari wabak covid19, Amin. 

Maaf lah shida dah lama tak blogwalking, dari mula Pusat Tuisyen operasi pada 4 Jan 2021 sampailah semalam shida teramatlah sibuk dengan kerja-kerja pentadbiran. Memang tak boleh curi sikit masa pun nak update apatah lagi blogwaking.

Harini hari selasa shida offday, lega pagi ni dapatlah shida update dan mula blogwalking seperti biasa. Kerja-kerja pentadbiran pun dah mula siap, tinggal dalam 20% je lagi. Lepas tu boleh back to normal. Rindu dah nak jalan-jalan ke rumah korang tau. 

Okay entri kali ni shida nak share dengan korang Geng Kuat Komen Disember 2020. Mereka terdiri dari golongan kayangan yang aktif blogwaking ya! bukan biashe biashe okay hehee 😁 Shida ucapkan ribuan terima kepada mereka-mereka ini yang tak pernah jemu datang blog shida.

Tahniah kepada 10 nama blogger di atas yang menjadi Geng Kuat Komen Bulanan blog shida ni. Dengan ini ke 10 nama di atas bolehlah Email shida butiran peribadi NAMA + ALAMAT + NO.TEL untuk urusan kiriman saguhati dari shida. Ohya shida ada satu lagi kejutan korang, shida juga ada buat 20 senarai Geng Kuat Komen dari Jun 2020 sehingga Disember 2020. Jadi Korang boleh lihat antara mereka yang paling rajin + sporting + friendly 👍👍

Jadi untuk nama-nama kategori TOP 20 GENG KUAT KOMEN (JUN - DIS 2020) boleh email shida butiran juga untuk kiriman saguhati ikhlas dari shida sebagai kenang-kenangan dalam dunia blogging. Bagi yang pernah email shida butiran sebelum ini, shida masih simpa data korang ya. Mereka juga akan shida masukkan ke dalam List Bloglisted shida. Top 5 yang tersenarai di atas akan menerima extra gift dari shida juga!

So rasanya sampai sini dulu bebelan shida, bloglist 2020 akan melabuh tirai sehingga selesai shida selesai blogwalking sekejap lagi. Setelah selesai shida akan tamatkan Bloglist 2020 dan akan mencari Bloglist 2021 yang baru. Terima kasih kepada semua yang memeriahkan blog shida disepanjang Tahun 2020. Terima kasih korang! Sayang semuanya 💋



Share
Tweet
Pin
Share
38 Jari Ohsem

 

Bagaimana Untuk Kekal Tenang Dalam Tekanan | Bertenang adalah kemahiran  yang mencabar tetapi penting untuk dipelajari dan diamal oleh kita. Dalam situasi kesibukan selalunya kita akan selalu menghadapi kesukaran dalam mengawal emosi kerana terlalu keletihan dan tertekan.

Namun, jangan terlalu salahkan diri sendiri jika kita pernah hilang sabar dalam melakukan sesuatu kerja. Lebih-lebih lagi jika menghadapi terlalu banyak tekanan ketika ditempat kerja dengan lambakan kerja yang tak pernah habis.

Bagaimana untuk kekal tenang dalam tekanan? Mudah saja, jom cuba langkah-langkah yang shida kongsikan dan shida pernah cuba untuk mengelak dari tertekan dengan kesibukan yang melampau.

 

Bertenang - Salah satu perkara yang kita tak sedar bila kita sedang stress, kita tidak mampu bertenang. Ada diantara kita, apabila mereka berada dalam tekanan, diri mereka jadi kelam kabut, fikiran jadi kusut, kepala berserabut malah akan cepat ada perasaan GIVE UP. 

Andai melakukan sesuatu itu tetapi tidak berjaya, jangan mudah stress. Cuba tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan nafas anda secara perlahan-lahan.

Jangan buat kerja disaat akhir - Bukan sahaja seorang pekerja yang harus tahu membahagikan masa, kita sebagai manusia juga harus pandai membahagikan masa dengan sempurna supaya tidak mendatangkan kesusahan kelak. Lakukan kerja tanpa menangguh kerja adalah salah satu perkara yang bijak.

Berehat - Dalam Kesibukan juga, sekurang-kurangnya ambil juga masa untuk pergi bercuti. Cuba untuk tenangkan diri atau keluar dari kelompok kesibukan untuk memberi ruang kepada diri sendiri untuk kekal tenang dan beristirehat. Jangan lupa, badan juga perlukan rehat yang secukupnya.

Berbual-bual - Ambillah peluang untuk berbual-bual dengan seseorang dalam kesibukan mana pun kita. Bila kita berbual mungkin boleh mengurangkan rasa tekanan atau kesibukan kita boleh menjadi sedikit tenang. Tak lah kelam kabut siapkan kerja sampai bermasam muka sesama rakan kerja kerana terlalu tertumpu pada kerja kita kan.

Senaman - Dalam kesibukan diri, kesihatan juga kita perlu jaga. Jangan terlalu sibuk sehingga lupa untuk jaga diri. Bersenam juga salah satu cara untuk kita kekal tenang dalam kesibukan. Ohya pengambilan makanan yang seimbang juga boleh membantu tubuh kita kekal sihat dan boleh melakukan kerja-kerja dalam keadaan yang tenang.

Berdoa & Solat - Ini salah satu cara terakhir sekiranya kita terlalu tertekan atau tidak tenang dalam kesibukan sehingga mendatangkan kemarahan. Solat dan berdoalah kepada Allah s.a.w semoga diberi kita jiwa yang tenang dan melonggarkan kekusutan kita dan dipermudahkan segala urusan kita.


Share
Tweet
Pin
Share
27 Jari Ohsem
Kita sering dihujani berita dan artikel mengenai jangkitan dan penyakit terbaru yang membuatkan kita rasa risau dan takut. Walaupun pelbagai faktor luaran mungkin ada kaitan dengan hal ini, tetapi kita tetap berperanan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat supaya lebih selamat. 

Sistem kekebalan tubuh yang kuat dapat bertindak sebagai ‘pelindung’ maka sebaiknya kita perlu melakukan yang terbaik untuk keselamatan diri sendiri dan keluarga khususnya. Berikut adalah beberapa kaedah mudah tetapi bagus untuk meningkatkan sistem ketahanan badan untuk membantu elakkan serangan penyakit di masa hadapan! 

 1. Dapatkan Tidur Yang Cukup 
Menguruskan masa tidur yang cukup dan berkualiti dapat mengekalkan tahap tekanan. Ia juga dapat mengurangkan tahap kortisol tubuh dan hormon steroid. Faktor gaya hidup seperti tidur yang tidak mencukupi dan tekanan boleh menyebabkan tahap kortisol melambung tinggi hingga berlaku kekacauan pada sistem imun. 

Sistem kekebalan tubuh yang terjejas boleh menyebabkan kita mudah terkena selesema dan penyakit lain. Oleh itu, dapatkan tidur yang cukup dan jaga tahap tekananuntuk meningkatkan pertahanan tubuh yang kuat terhadap penyakit! 

 2. Jaga Sistem Percernaan 
Mengekalkan sistem pencernaan yang sihat adalah satu tugas penting untuk memiliki sistem imun yang kuat. Ini kerana 70 hingga 80% sistem imun kita berada di usus. Ketidakseimbangan bakteria dalam usus dapat mengimbangi komposisi kimia dalam sistem imun hingga boleh menyebabkan diri rasa terbuka terhadap penyakit. 

Cara paling mudah untuk jaga sistem pencernaan adalah dengan cara minum yogurt pada waktu yang bentul dalam jumlah yang sepatutnya. Minum yoghurt waktu pagi dapat membantu menjaga sistem imun kita menjadi lebih kuat dengan kemasukan probiotik (bakteria baik). Kajian menunjukkan suplemen probiotik dapat mengurangkan kejadian jangkitan pernafasan dan gastrousus. Produk susu yang diperam ini juga terbukti dapat mengurangkan jangkitan pernafasan pada orang dewasa dan kanak-kanak. 

 3. Ambil Vitamin C Tambahan 
Vitamin C, atau asid askorbik, telah lama dikenal sebagai nutrien sangat membantu sistem kekebalan tubuh. Vitamin C boleh membantu merangsang sistem imun untuk melawan sel-sel asing yang menyerang badan. Selain itu, penyelidikan menunjukkan bahawa suplemen Vitamin C sebenarnya dapat meningkatkan jumlah antibodi yang dihasilkan oleh tubuh kita hingga dapat melindungi tubuh dari bakteria dan virus. 

Jumlah pengambilannya pula, orang lelaki dewasa biasanya disarankan untuk mengambil 90mg Vitamin C setiap hari, sementara wanita dewasa harus mendapat sekurang-kurangnya 75mg setiap hari. Dos mega antara 250mg dan 1g Vitamin C sehari kadang-kadang digunakan untuk mengurangkan tempoh jangkitan selsema. 

 4. Amalkan Diet yang Seimbang 
Diet yang seimbang dapat memastikan tubuh badan mendapat nutrien yang diperlukan oleh sistem imun kita. Kajian pada orang dewasa yang lebih tua menunjukkan bahawa pengambilan buah dan sayur dapat meningkatkan tindak balas antibodi terhadap vaksin Pneumovax, yang melindungi Streptococcus Pneumonia. Makan makanan seimbang yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh dapat memastikan tubuh dan sistem imun terus boleh berfungsi dengan optimum. 

Cuba masukkan banyak buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian, protein tanpa lemak dan susu rendah lemak ke dalam makanan. Makanan ini akan memberi kita banyak vitamin, mineral, dan antioksidan, yang sangat membantu sistem kekebalan tubuh. Semasa membeli apa-apa jenis vitamin, mineral atau suplemen herba, mesti cari info yang banyak dulu. Ini kerana suplemen secara umumnya mudah di beli di mana-mana dan bersifat tidak diatur. Jadi adalah lebih baik jika membeli dari syarikat yang mempunyai reputasi baik. 

 5. Minum Teh 
Orang yang suka minum lima cawan teh hitam sehari selama dua minggu mempunyai 10 kali lebih banyak interferon untuk melawan virus. Dalam kajian Harvard, Asid amino yang bertanggungjawab untuk meningkatkan imuniti ini. Dos optimum adalah beberapa cawan setiap hari. 

 6. Hadkan Pergerakan 
Satu dunia merasa panahan virus Corona Covid-19, begitu juga kita. Cara terbaik selain daripada pemakaian pelitup muka dan penggunaan sanitizer, adalah elok untuk kita hadkan pergerakan. Elakkan tempat awam juga.  

Tak dinafikan, kita selalunya keluar untuk beli bahan makanan dan sebagainya. Tapi, jika sama sekali takut untuk keluar beli bahan makanan itu semua, boleh guna servis grocery delivery pihak Pandamart yang dimiliki oleh syarikat Foodpanda. 

Mungkin masih ada yang tidak tahu bahawa Foodpanda ini punya servis penghantaran bahan masakan dan barangan runcit lain seperti mana yang ada dijual di pasaraya.

Share
Tweet
Pin
Share
15 Jari Ohsem
Newer Posts
Older Posts

Its Me Shida


FOR REVIEW & ANY COLLABORATION
♥ PLEASE CONTACT ME ♥
.................................................................

Google PageRank Checker

SINCE : 19th July 2010

Follow Socmed

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Contact Me

Name

Email *

Message *

Ads Nuffnang

Best Buddy Ever!

Terhangat di google

  • Fakta Anak Keempat
  • TIPS etika temuduga | adab, larangan dan pakaian semasa temuduga
  • SimpleGirlCloset.com | Online Korean Fashion Shop | Butik Pakaian Korea Termurah
  • 5 CARA UNTUK MEMASTIKAN MAKE UP TAHAN LAMA
  • Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida

BLOG LISTED!

  • Jurnal Shikin Razali
    Panduan Asas Pengurusan Fail
    2 hours ago
  • Diana Rashid
    WANITA INI BUNUH ANAK NYA SENDIRI DENGAN KEJAM KERANA MENYANGKA ANAKNYA ADALAH IBLIS.
    2 hours ago
  • Titian Perjalanan
    Bungkusan Bakul Hadiah Sebagai Tanda Maaf
    3 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    January, 28, 2021
    4 hours ago
  • KasihkuAmani
    Novel | Dendam oleh Phakinai
    5 hours ago
  • Blog Sihatimerahjambu
    Matcha Mochi
    5 hours ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    10 Post Paling Popular di Blog Mamapipie Tahun 2020 & 10 Post Paling Popular di Blog Mamapipie All Time.
    7 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    Mengejar Matahari | Throwback Thursday
    7 hours ago
  • Asam Garam Kehidupan
    Menu terkejut.
    8 hours ago
  • DANA
    PHOTO DIARY #04/2021
    10 hours ago
  • Fieza Sani
    Cabaran 15 Hari Menulis Blog | Obsession, Hobi dan Passion
    11 hours ago
  • Blog Cik TK
    RANDOM: BIKIN ROTI LAGI, KISAH AIR DAN DINNER SPECIAL
    11 hours ago
  • insan marhaen
    Aku Sangat Lelah!
    14 hours ago
  • Warisan Petani
    WW 204 : Khasiat Sayur Tauge
    21 hours ago
  • Tiara Saphire
    Drama China | Go Ahead (2020)
    22 hours ago
  • orangbukit
    Blackpink vs Red Velvet..
    1 day ago
  • Ke Arah mencari redhaNYA
    Kullul Qulub-Mohamed Tarek
    1 day ago
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday : Burger & Fries with Pepsi
    1 day ago
  • Yaya Azura
    Nametag dah ada tapi ...
    1 day ago
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    Giveaway Sii Nurul (24 Januari - 20 Februari 2021)
    1 day ago
  • Eza Boom Boom ◕‿◕
    Aiskrim Magnum White Almond & Lipton Teh Tarik Sandwich
    1 day ago
  • kisah aienienka
    Pengalaman pertama minum air gula
    2 days ago
  • Mia Liana
    GIVEAWAY MINYAK HERBA ASMAK !!! (By Kak Ecah & Blog Naimy Art)
    2 days ago
  • aziankhalil.com
    Ayam goreng air fryer
    3 days ago
  • TiaraNovella
    Drama | Rahimah Tanpa Rahim (2021)
    4 days ago
  • Zarida Ishak
    Watch Your Thoughts
    5 days ago
  • Drawing the Words
    SWAP BUKU DENGAN GROUP BUKU LEMBAH KLANG
    6 days ago
  • The_ramaramapendek
    24 hr Care Deodorant Lime Alcohol Free with pH 5.5 by Seba Med
    6 days ago
  • EJULZ
    Hamee Roti Canai Special
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Hadiah Geng Kuat Komen 2020 Duniashida
    1 week ago
  • kaellaaaa's
    BLOCK KOMEN YANG TIDAK BERKAITAN
    1 week ago
  • SHEILA INSPIRE: Lifestyle Blog
    Salam 2021 : SheilaInspire.Com
    1 week ago
  • KISAHEMASPUTIH
    Kalau Sang Isteri Dapat Set Periuk Jo's Marble Cookware Dari Little Homes Memang Senyum Sampai Setahun!!
    1 week ago
  • Aisya Ismail
    DRAMA KOREA : I'M NOT A ROBOT - YOO SEUNG HO, CHAE SOO BIN
    3 weeks ago
  • Life & Love of Mrs Kay
    Happy 12th Birthday Kyra!
    4 weeks ago
  • Kebun Bahagia Bersama
    Hiking Bukit Tengkorak Tapak Warisan Arkeologi
    5 weeks ago
  • Sembang | Kejayaan
    5 Tips Untuk Kekal Bermotivasi Setiap Hari
    2 months ago
  • Cikgu Badarudin
    3 months ago
  • blog
    shopee haul~ versi tak sedar diri
    3 months ago
  • Maria Elena
    Ummi The Weeb
    5 months ago
  • Lori Sewa Malaysia
    Pindah Barang
    1 year ago
  • ♥Corat Coret Nusha ♥
    Post pertama tahun 2019 selepas 4 bulan menyepi
    2 years ago
  • Hasrulhassan.com - Panduan Lifestyle Blogger Kerja di Rumah

GENG KUAT KOMEN!

Blog Archive

  • ▼  2021 (23)
    • ▼  January 2021 (23)
      • Resepi Ayam Masak Merah Simple Tapi Sedap!
      • Sticker Nama Untuk Buku Sekolah Anak-Anak
      • Kebaikan dan Kelebihan Periuk Dessini
      • Giveaway Sii Nurul
      • Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor, Perak
      • Giveaway by Blog Tangan Gebu
      • MCO 2.0 GIVEAWAY
      • Dapat Kejutan Hadiah Dari Blogger Part 3
      • Perak dari PKPB ke PKP Mulai 22 Januari hingga 4 F...
      • Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 1 hingga 28 (Akhi...
      • Moga Sampai Dengan Selamat
      • Terima Kasih Bloglist 2020
      • My First Giveaway by Blog Sal
      • Ketahui Khasiat Udang
      • Top Komen 2020 - Geng Kuat Komen
      • Bagaimana Untuk Kekal Tenang Dalam Tekanan
      • Sesuaikan Perubahan Gaya Hidup Ini Untuk Tetap SIh...
      • Lirik Lagu Mimpi - Haqiem Rusli (OST Bidadari Salju)
      • Giveaway by ejulz & anakdenesor
      • Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Shida | 5 Januar...
      • Cara Semakan i - Sinar KWSP (Pengeluaran Akaun 1)
      • Kesibukan Ditempat Kerja
      • Selamat Tahun Baru 2021 Dengan Norma Baharu
  • ►  2020 (218)
    • ►  December 2020 (37)
    • ►  November 2020 (31)
    • ►  October 2020 (38)
    • ►  September 2020 (28)
    • ►  August 2020 (33)
    • ►  July 2020 (31)
    • ►  June 2020 (17)
    • ►  May 2020 (2)
    • ►  January 2020 (1)
  • ►  2019 (19)
    • ►  December 2019 (2)
    • ►  August 2019 (2)
    • ►  July 2019 (1)
    • ►  May 2019 (2)
    • ►  April 2019 (12)
  • ►  2018 (5)
    • ►  August 2018 (1)
    • ►  July 2018 (2)
    • ►  May 2018 (1)
    • ►  March 2018 (1)
  • ►  2017 (9)
    • ►  June 2017 (7)
    • ►  May 2017 (2)
  • ►  2016 (15)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  September 2016 (2)
    • ►  August 2016 (2)
    • ►  July 2016 (3)
    • ►  June 2016 (6)
    • ►  May 2016 (1)
  • ►  2015 (70)
    • ►  September 2015 (1)
    • ►  August 2015 (8)
    • ►  July 2015 (18)
    • ►  June 2015 (21)
    • ►  May 2015 (12)
    • ►  April 2015 (8)
    • ►  January 2015 (2)
  • ►  2014 (307)
    • ►  December 2014 (4)
    • ►  November 2014 (13)
    • ►  October 2014 (20)
    • ►  September 2014 (36)
    • ►  August 2014 (26)
    • ►  July 2014 (26)
    • ►  June 2014 (23)
    • ►  May 2014 (33)
    • ►  April 2014 (35)
    • ►  March 2014 (29)
    • ►  February 2014 (29)
    • ►  January 2014 (33)
  • ►  2013 (503)
    • ►  December 2013 (29)
    • ►  November 2013 (31)
    • ►  October 2013 (37)
    • ►  September 2013 (32)
    • ►  August 2013 (28)
    • ►  July 2013 (33)
    • ►  June 2013 (30)
    • ►  May 2013 (43)
    • ►  April 2013 (61)
    • ►  March 2013 (75)
    • ►  February 2013 (52)
    • ►  January 2013 (52)
  • ►  2012 (315)
    • ►  December 2012 (38)
    • ►  November 2012 (31)
    • ►  October 2012 (34)
    • ►  September 2012 (34)
    • ►  August 2012 (32)
    • ►  July 2012 (26)
    • ►  June 2012 (20)
    • ►  May 2012 (21)
    • ►  April 2012 (18)
    • ►  March 2012 (25)
    • ►  February 2012 (19)
    • ►  January 2012 (17)
  • ►  2011 (319)
    • ►  December 2011 (18)
    • ►  November 2011 (24)
    • ►  October 2011 (32)
    • ►  September 2011 (28)
    • ►  August 2011 (27)
    • ►  July 2011 (40)
    • ►  June 2011 (22)
    • ►  May 2011 (26)
    • ►  April 2011 (26)
    • ►  March 2011 (26)
    • ►  February 2011 (24)
    • ►  January 2011 (26)
  • ►  2010 (151)
    • ►  December 2010 (27)
    • ►  November 2010 (29)
    • ►  October 2010 (15)
    • ►  September 2010 (13)
    • ►  August 2010 (32)
    • ►  July 2010 (34)
    • ►  April 2010 (1)

Created | Distributed by ThemeXpose | Full Edited with by Blog Dunia Sebenar Shida