Cara Semakan i - Sinar KWSP (Pengeluaran Akaun 1)

by - 22:50:00

Cara Semakan i - Sinar KWSP (Pengeluaran Akaun 1) | Untuk makluman, semakan pengeluaran i sinar kategori 1 boleh dibuat bermula 4 Januari 2021 secara online melalui i-akaun atau laman portal i-sinar.

Cara semakan status i-sinar kwsp melaui portal :

  1. Layari laman web rasmi i-sinar : https://isinar.kwsp.gov.my
  2. Sila cari butang Semak Status
  3. Semakan hanya boleh dibuat bermula 4 Januari 2021.

Cara semakan status i-sinar melalui i-akaun kwsp

  1. Layari laman web rasmi kwsp : https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Log masuk i-akaun kwsp (Ahli)
  3. klik pada peti mesej atau inbox
  4. Akan dipaparkan status permohonan sama ada proses permohonan diluluskan.
 

Tarikh pembayaran I-SINAR KWSP

  1. Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.
  2. Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
  3. Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
  4. Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.

 

 

Berdebar pula rasa, sebabnya shida juga salah seorang pemohon yang memohon pengeluaran i-sinar ini. Ambil kategori 1 sebab untuk kategori 2 ni shida tak lepas, tak sampai 100k pun dalam akaun kwsp ni huhuu. Jika lulus, Alhamdulillah dapatlah buat standby untuk kelangsungan hidup yang mendatangkan. Mudah-mudahan segalanya berjalan dengan baik. Amin!

 

You May Also Like

13 Jari Ohsem

  1. Kecoh 1 malaysia pasal elya tu kan hahaha

    ReplyDelete
  2. Semoga semua urusan awak dipermudahkan.. Semalam saya dah check untuk suami, Alhamdulillah ianya diluluskan..

    ReplyDelete
  3. aduhhh tkot nya nak check..huhuh hope dpt

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah boleh buat standby

    ReplyDelete
  5. terima kasih sharing shida..:)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah bagi yang lulus i-sinar. Semoga dimanfaatkan sebaiknya.
    Kalau tak lulus, ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  7. semoga yang terjejas tu di luluskan pemohonan mereka..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. semoga dapat membantu mereka yang memerlukannya..

    ReplyDelete
  9. ada apply tapi amount sikit ja minta.. alhamdulillah dah lulus dan da masuk pun duitnya..

    ReplyDelete
  10. moga isinar ni bebetul beri sinar kpd yg perlu, kan.
    and guna la duit tu dgn baik.
    gawat ekonomi ni ntah sampai bila!

    ReplyDelete
  11. Haha sy nda layak kut ni 😂🤣

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.