Kesibukan Ditempat Kerja

by - 22:42:00

Kesibukan Ditempat Kerja | Assalammualaikum korang 😊 Maaflah entri untuk hari kedua dari 365 hari baru muncul huhuu. Allahhu shida sibuk sungguh lah kat tuisyen, perkara biasa masuk awal tahun memang macam ni, sibuk dia lain macam sangat! Tak dapat shida nak tumpukan perhatian pada blog 1 2 hari ni. Shida hanya sempat update saja, blogwalking masih mencari masa korang, sorry sangat ya!
 

Selamat Tahun Baru korang! so apa cerita semalam cuti, ada yang mengambil kesempatan pergi bercuti ke? Ingat tau, kemana saja kita pergi bila ditempat sesak jaga lah SOP. Ia bukan saja untuk kita malah untuk menjaga semua orang disekeliling kita.

Semalam, hari ini dan esok, shida memang sibuk, banyak sangat perkara yang shida kena buat sebelum Pusat Tuisyen mula operasi pada 4 Jan nanti. Semalam sibuk buat gaji staf seramai 10 orang termasuk shida. Hari ni pula masuk kerja macam biasa, kemas-kemas tuisyen sikit, memandangkan esok ahad ada Seminar bersama staf dan guru-guru. Aduhai sibuk dia jangan cakap lah.

Rasa tak sempat saja, masa berlalu dengan pantas korang. Awal-awal tahun begini lah sibuk dia mengalah Perdana Menteri hahahhaaa, serius sibuk korang! Ini lah padahnya kalau pentadbiran sorang je yang urus semua huhuhu. Ok lah korang, shida stop sini dulu, Inshaa Allah kita jumpa hari isnin ya. Shida dah kurang sibuknya dah boleh blogwalking kerumah rumah korang. Tunggu ya 😍


You May Also Like

26 Jari Ohsem

  1. Saya tunggu kedatangan Shida datang blog.
    Ok sibuk kerja kan daripada tiada perkara hendak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaa Allah saya pasti dtg..tgu tau NA :)
      terima kasih NA..x jemu dtg blog shida :)

      Delete
  2. Patutlah shida sibuk. Kena handle sorang sorang tu yang jenuh tu. Awal tahun memang banyak kerja sikit nak kena settle. Pasni dah settle boleh rehat sikit :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time rehat sikit kemgkinan tgu tgah bulan skit kot ^_^
      manage sorg2 cmni la..terima kasih fiza :)

      Delete
  3. Hihihi memang sibuk tue, especially bila buat kira-kira gaji staf kan.. Apapun awak kena jaga kesihatan jugak, yea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaa Allah..shida baik2 je..terima kasih shikin :)

      Delete
  4. Memahami Shida. Uruskan dulu kerja, memang faham awal tahun ni memang banyak benda nak disiapkan segera. Take your time. Semoga segala urusan dipermudahkan. Amiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Eza ^_^ Nanti shida pi singgah rumah eza pulak ye :)

      Delete
  5. Selamat tahun baru 2021dan selamat bekerja..mg urusan kita semua dpermudahkan :)

    ReplyDelete
  6. Semoga dipermudahkan Allah urusan Shida.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Ujie..masih xselesai..buat 1 by 1 :)

      Delete
  7. Kami bercuti2 di rumah saja 😂😂.. Semoga di permudahkan urusan dan kerja2 shida..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la saya..kak..xpi mana pun sibuk kerja ^_^

      Delete
  8. Selamat tahun baru..take care shida

    ReplyDelete
  9. Tahun baru hari tu Cik TK kerja. Huhuu..

    Kak shida busy-busy tu jangan lupa tau jaga kesihatan. Semoga dipermudah semua urusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih CIk TK..kerja ke? Alaaa shiann :)
      xpe nnt ada cuti boleh berehat :)

      Delete
  10. wah sibukl betul tu. takpe lah setel mana2 yang patut setel dulu. mama pun sibuk gak dari hujung tahun aritu

    ReplyDelete
  11. Memang busy awal-awal tahun ini.. Banyak nak setup kan..
    take care Shida..

    ReplyDelete
  12. tahun baru sambut kat rumah jeee hehe..

    ReplyDelete
  13. Hectics days huh hehe.. samalah kita 🥴

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata maki hamun yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum dan Terima Kasih.